zwani.com myspace graphic comments

~About Nabieyla~

My photo
Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Malaysia
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.. Cantiknya itu pula asli, tidak bertopeng.. Bukan sahaja cantik, malah suci, murni, bercahaya gemerlap, putih, bersih, berkilauan.. PERCINTAAN.. tak semestinya kekal.. KASIH SAYANG.. tak semestinya abadi.. RINDU.. tak semestinya berlagu.. CINTA.. tak semestinya bahagia.. BENCI.. tak semestinya selamanya.. Aku bahagia walaupun hatiku menderita..

Monday 28 February 2011

~kenapa bercinta?~

Kenapa manusia berkahwin waktu remaja dan dewasa? Kerana waktu itulah perasaan cinta sesama manusia tersangatlah kuat. Kenapa anda bercinta? Sebab matanya yang cantik macam Heliza. Sebab suaranya merdu macam Siti Nurhaliza. Sebab wajahnya lawa seperti Lisa Surihani. Sebab kebijaksanaannya seperti Sofea Yusof. Sebab perangainya baik seperti Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta. Jadi,bilakah semua sebab-sebab ini tertonjol dalam kitaran hidup manusia? Waktu kanak-kanak mereka? Waktu tua mereka? TIDAK,tetapi dalam waktu remaja dan dewasa. Sebab Allah sebut cinta dahulu kerana Allah menyuruh kita betul-betul bercinta dengan pasangan kita pada waktu remaja dan dewasa supaya lahirnya perasan kasih dan sayang di dalam diri masing-masing kerana ketika waktu tua,semua sebab-sebab kita mencintainya sudahpun hilang,pudar dek usia yang memakannya. Dia yang mukanya lawa sudahpun berkedut… Dia yang suaranya merdu sudahpun sumbang… Dia yang perangainya baik sudahpun terlantar tidak mampu berkata apa-apa lagi.. Waktu inilah hasil cinta di waktu remaja dan dewasa tadi perlu digunakan.Jika tiada cinta,perasaan kasih dan sayang sukar diwujudkan. Benar,perasaan kasih mungkin ada,kasihan melihat dia yang tiada tempat pergantungan, kasihan melihat dia yang terbaring tidak bergerak,kasihan melihat dia yang terberak di dalam seluar tetapi sejauh mana kasihan ini akan pergi jika tiada sayang? Mulut hanya mampu berkata kasihan tetapi tiada sebarang tindakan akan diambil kerana tiada sayang. Kenapa tiada sayang? Kerana tiada cinta. “Allahuakbar,Allahuakbar…”Bilal melaungkan iqamah,menyedarkan aku dari lamunan panjang.

No comments:

Post a Comment