zwani.com myspace graphic comments

~About Nabieyla~

My photo
Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Malaysia
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.. Cantiknya itu pula asli, tidak bertopeng.. Bukan sahaja cantik, malah suci, murni, bercahaya gemerlap, putih, bersih, berkilauan.. PERCINTAAN.. tak semestinya kekal.. KASIH SAYANG.. tak semestinya abadi.. RINDU.. tak semestinya berlagu.. CINTA.. tak semestinya bahagia.. BENCI.. tak semestinya selamanya.. Aku bahagia walaupun hatiku menderita..

Monday 28 February 2011

~Aku mahu cinta-MU~

Apa sahaja yang akan KAU kurniakan kepadaku berkenaan dunia, Kau berikanlah kepada mereka yang memburunya.. Apa sahaja kebaikan yang KAU kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada hamba-MU yang beriman.. Kerana aku hanya mahu CINTA-MU, YA ALLAH..

YA ALLAH, jika aku beribadah kepada-MU hanya kerana syurga-MU, janganlah KAU masukkan aku ke dalamnya..

YA ALLAH, jika aku beribadah kepada-MU kerana aku takutkan neraka-MU, kau lemparkanlah aku ke dalamnya,

YA ALLAH, jika aku beribadah kepada-MU kerana inginkan keredhaan-MU, janganlah KAU mensia-siakan daku..

always love ALLAH~~

~kenapa bercinta?~

Kenapa manusia berkahwin waktu remaja dan dewasa? Kerana waktu itulah perasaan cinta sesama manusia tersangatlah kuat. Kenapa anda bercinta? Sebab matanya yang cantik macam Heliza. Sebab suaranya merdu macam Siti Nurhaliza. Sebab wajahnya lawa seperti Lisa Surihani. Sebab kebijaksanaannya seperti Sofea Yusof. Sebab perangainya baik seperti Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta. Jadi,bilakah semua sebab-sebab ini tertonjol dalam kitaran hidup manusia? Waktu kanak-kanak mereka? Waktu tua mereka? TIDAK,tetapi dalam waktu remaja dan dewasa. Sebab Allah sebut cinta dahulu kerana Allah menyuruh kita betul-betul bercinta dengan pasangan kita pada waktu remaja dan dewasa supaya lahirnya perasan kasih dan sayang di dalam diri masing-masing kerana ketika waktu tua,semua sebab-sebab kita mencintainya sudahpun hilang,pudar dek usia yang memakannya. Dia yang mukanya lawa sudahpun berkedut… Dia yang suaranya merdu sudahpun sumbang… Dia yang perangainya baik sudahpun terlantar tidak mampu berkata apa-apa lagi.. Waktu inilah hasil cinta di waktu remaja dan dewasa tadi perlu digunakan.Jika tiada cinta,perasaan kasih dan sayang sukar diwujudkan. Benar,perasaan kasih mungkin ada,kasihan melihat dia yang tiada tempat pergantungan, kasihan melihat dia yang terbaring tidak bergerak,kasihan melihat dia yang terberak di dalam seluar tetapi sejauh mana kasihan ini akan pergi jika tiada sayang? Mulut hanya mampu berkata kasihan tetapi tiada sebarang tindakan akan diambil kerana tiada sayang. Kenapa tiada sayang? Kerana tiada cinta. “Allahuakbar,Allahuakbar…”Bilal melaungkan iqamah,menyedarkan aku dari lamunan panjang.

~ALLAH, if I can’t have what I want, let me want what I have.....:)~

Jika aku xditakdirkan untuk mendapatkan apa yang aku harapkan, Kau redhakan lah hatiku dengan apa yang telah Kau takdirkan.. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berhak mengatur perjalanan hidupku dan menentukannya.. Andai aku harus mati hari ni, matikan lah aku dalam keimanan.. Andai aku harus lupakan cintaku pada dia, sucikanlah hatiku dari rasa benci.. Andai ada insan lain yangi menanti diriku, Kau dekatkanlah hatiku dengannya.. Andai kejayaan yang ku harapkan bukan milikku, Kau berikanlah kejayaan lain padaku.. Andai aku dibutakan mata kelak, jangan pula Kau butakan hatiku.. Andai aku jatuh, lindungilah aku dari putus asa.. Andai hari esok masih ada untukku, Kau berikanlah aku petunjuk-MU agar aku mampu menjadi hamba-MU yang sentiasa di dalam rahmat-MU.. YA ALLAH.. Jika aku tidak mampu mendapatkan apa yang aku inginkan, Kau redhakan lah hatiku dengan apa yang telah ditentukan oleh-MU.. AMIN...


Yang benar;
Nabieyla Idris

~kenangan terindah~

“ Aku rindukan kenanganku di masa lalu. Aku akui, kesilapan yang pernah ku lakukan di masa lalu, menjadikan aku seorang gadis yang lebih matang. ” bisikku sendirian.

Kini umurku sudah menjangkau 21 tahun. Aku bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati kedua ibu bapaku. Aku belum bersedia untuk menjadi seorang isteri, apatah lagi seorang pembantu nakhoda kapal di alam rumah tangga kelak.

Aku tidak tahu bagaimana untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang. Dengan penuh ranjau kehidupan. Diriku ini yang kian matang dek pengalaman dan kesilapan di masa lalu.

Apakah aku mampu meneruskan kehidupan dengan melupakan kesilapan yang dulu?? Apakah bakal suamiku mampu menerima diriku seadanya??
Apakah aku layak menjadi seorang isteri??

Pelbagai persoalan berlegar menari-nari di mindaku. Mampukah aku meluputkan perasaan kasih dan sayangku terhadap ‘si dia’??

Aku benar-benar keliru dan buntu. Kedua orang tuaku benar-benar menginginkanku menunaikan hasrat mereka. Memang dari sejak dahulu lagi mereka ingin menjodohkan aku dengan anak teman rapat mereka.

Lapan tahun yang lepas…

“ Naz, aku minta maaf. Aku tak berniat nak merampas dia dari kau. Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Lepas kau pindah asrama, dia kesunyian. Jadi, aku fakir Cuma ingin mengisi kekosongan dia. Aku tahu, dia sayangkan kau. ” rintihku pada Nazatul.

Aku bersalah. Aku memang tidak berniat untuk mengahncurkan hubungan mereka. Dari apa yang aku lihat, hubungan mereka memang sering berantakan. Nazatul sendiri memberitahu aku bahawa mereka sudah putus. Aku sendiri bertanyakan pada Azfi. Azfi juga memaklumkan hal yang sama padaku.

Perkenalan aku dengan Azfi bermula apabila kami ditempatkan dalam satu kumpulan ketika menyertai aktiviti selepas PMR. Pada ketika itu, Azfi sedang hangat bercinta dengan Nazatul. Azfi pernah minta nombor telefon bimbitku, namun aku berkeras tidak mahu memberi. Aku lebih senang jika berhubung dengan Azfi melalui Nazatul.

Azfi juga pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi temanku. Aku dengan seikhlas hati menerima pelawaannya itu. Memandangkan aku memang suka berteman dan seorang yang peramah. Azfi juga pernah memuji diriku. Dia ada menyatakan yang aku ini seorang yang cantik. Tipu lah kalau aku katakan yang aku tidak gembira mendengar kenyataan itu. Namun, aku sedar siapa diriku. Mungkin pada pandangannya begitu, mungkin pada pandangan mereka yang lain tidak.

Cuti sekolah baru bermula. Gembira hatiku tiada siapa yang tahu. Betapa nikmatnya cuti sekolah. Apatah lagi, sepupuku semua menginap di rumahku. Pada suatu malam, aku terima mesej dari seseorang. Ku bertanya kepadanya siapakah dia. Pada awalnya, dia tidak mahu memberitahu siapa gerangan dirinya. Tetapi setelah didesakku beberapa kali, dia mengatakan bahawa dia Azfi. Dia juga mengatakan yang dia benar-benar ingin berkawan denganku. Hubungan kami menjadi rapat. Kami Cuma berteman sahaja tika itu.

Seminggu sebelum Nazatul pindah ke asrama, Azfi meluahkan rasa hatinya padaku. Dia menyatakan yang dia ingin mengambilku sebagai teman wanitanya. Dua kali dia menyatakan hal tersebut. Kali pertama aku menolaknya. Aku tidak mahu menjadi wadah permainan seorang lelaki.

Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Beberapa hari, aku mendiamkan diri, baru ku sedar, aku berasa sunyi tanpa Azfi. ‘Apakah aku sudah mula menerima kehadirannya di dalam hatiku?’ getus hatiku.

Kemudian, aku mengambil keputusan untuk menerima lamarannya. Cukup bahagia hubungan kami tika itu. Azfi benar-benar baik denganku. Walaupun begitu, rasa bersalah aku terhadap Nazatul benar-benar mencengkam jiwaku. Aku sering memikirkan perasaan Nazatul jika dia dimaklumkan mengenai hal ini. Dalam tempoh perhubungan kami, aku pernah memberitahu Azfi mengenai hubungan Nazatul dengan lelaki lain. Baru aku tersedar yang aku telah melukakan hati Nazatul dan Azfi.

Aku dapat merasakan yang Azfi masih sayangkan Nazatul. Aku cuma wadah untuknya mengisi kekosongan dan kesunyian dia. Aku mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan yang terjalin atas desakan nafsu semata-mata. Perhubungan yang bukannya melibatkan perasaan kasih dan sayang.

Hatiku menangis dan luka berdarah. Bagai dihiris dengan sembilu. Aku menangis sendirian. Mereka memang pasangan yang secocok. Aku tersilap langkah dalam menjalinkan perhubungan. Sedih hatiku. Tegar sungguh aku melukai hati mereka.
‘Maafkan aku, kalian.’ getus hatiku.

Aku akui, aku sudah mula menyayangi Azfi tika itu. Andai sahaja aku tidak pernah mengenali Azfi sebagai temanku. Mungkin, pada tika ini, aku tidak mengenali apa itu hubungan cinta monyet antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Lama juga aku mendiamkan diri. Lebih baik sendirian daripada terseksa menjalinkan perhubungan dengan lelaki. ‘Adakah aku gagal dalam percintaan?’ detik hatiku.
Setelah beberapa bulan, aku berasa gembira kerana aku telah menjadi diriku yang dahulu. Aku, seorang yang peramah, periang sudah mendapatkan kembali jati diriku.

Setiap hari, aku pasti terserempak dengan Azfi di sekolah. Memandangkan aku seorang yang agak sibuk dengan urusan di sekolah, aku sering keluar kelas. Kini, aku menjalinkan persahabatan dengan Azfi seperti dahulu. Cuma kawan. Aku akui aku benar-benar sunyi tika itu. Azfi tidak seperti dahulu. Dia jarang membuatku tertawa. Aku tahu, dia mungkin menyesal dengan perbuatannya yang dulu.

Aku pula kesunyian, mengambil keputusan untuk mencari seorang lelaki lepasan SPM di sekolahku dahulu. Namanya Khairil Azlan. Dia salah seorang senior ku. Aku pernah meminatinya. Ketika aku tingkatan satu, aku sering perhatikan dia. Aku meminati dia sehingga sekarang.  Dia juga tegolong dalam kalangan mereka-mereka yang popular di sekolah. Memandangkan Khairil mempunyai paras rupa yang comel dan perwatakan yang sopan, membuatkan aku terpikat padanya.

Aku mendapatkan nombor telefon bimbitnya dari temanku, Sarah. Aku memulakan agenda aku. Aku ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Cukuplah sekadar mengenalinya. Aku bukan mahu memikatnya, aku Cuma mahu mengenali dirinya yang sebenar. Pada awal perkenalan kami, Khairil tidak memberi reaksi yang baik padaku. Tetapi setelah beberapa minggu, dia mula menerima kehadiranku sebagai teman barunya. Aku perkenalkan diriku sebagai NURUL IKHWANA ANABIEYLA.

Kami selalu berkomunikasi sejak itu. Sungguh gembira aku tika itu. Aku dapat mengenali dirinya. Dia seorang yang baik. Lemah lembut dalam tutur bicara. Mampu memerangkap hatiku untuk menyukainya. Senang hatiku mengenali dirinya. Namun, kebahagiaan itu Cuma sementara. Aku tidak lagi mampu mendustai dirinya dan juga meneruskan perhubungan yang tidak berasaskan kejujuran ini.

Aku mengambil keputusan untuk berterus terang padanya siapa diriku yang sebenar.
Tetapi aku tahu, dia bakal membenci diriku. Aku khuatir dia akan membenci diriku kelak. Namun, desakan hatiku membuatkan aku ingin menjelaskan perkara sebenar kepadanya. Jika dia membenci diriku pun, itu memang layak bagiku. Aku yang telah mempermainkan dirinya. Bukan niatku, tetapi apakah dia akan memahami diriku??

Benar apa yang ku jangkakan. Dia marah padaku setelah aku memberitahu perkara sebenar padanya. Aku memang gembira menjadi NURUL IKHWANA ANABIEYLA. Tetapi dalam masa yang sama, aku berdosa mempermainkan dirinya. Mujur dia belum sempat menyukai ‘ANABIEYLA’. Lama juga dia mendiamkan diri. Aku tahu mungkin bencinya padaku amat besar. Aku sekali lagi gagal dalam mencari percintaan. ‘Khairil Azlan, jika kau tahu betapa bahagianya aku mengenali dirimu.’ rintih hatiku.

Musim sekolah waktu aku di tingkatan empat, juga berlau dengan memori yang indah. Ini kerana, itulah tempoh perkenalan aku dengan teman Azfi, Aliff Hakim. Aliff Hakim. Cukup membuat aku tersedar yang tidak semua lelaki itu sama di mata kaum hawa. Hakim begitu mengambil berat mengenaiku. Bermula dengan teman, kemudian perhubungan kami menjadi lebih rapat. Aku dan dia berteman dan bercerita pelbagai masalah, berkongsi pendapat, saling bertukar idea. Ini menjadikan kami lebih serasi bersama.

Kami banyak meluangkan masa bersama. Kami mempunyai minat yang sama, membaca novel. Aku dan dia bersama menghabiskan waktu cuti dengan pelbagai kenangan indah. Kenangan yang tercipta menjadikan aku seorang gadis yang lebih matang dari dahulunya. Setiap langkah dan perbuatanku, ku khabarkan padanya. Kehidupan ku lengkap dengan kehadirannya. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kebahagiaan aku itu bukan milik selamanya. Aku pasrah. Aku ditinggalkan tanpa pesan. Aku menunggu dia hari demi hari. Menanti dia memberi kata putus. namun, tiada juga khabarnya.

Cuti sekolah sudah berakhir. Kini, aku di tingkatan lima. Aku akan menduduki SPM. Begitu juga dengan Hakim. Kami belajar di aliran yang sama walaupun kelas yang berlainan. Aku akui yang dia lebih bijak dari diriku. ‘Adakah itu menyebabkan dirinya pergi meninggalkanku?’  getus hatiku. Tetapi dia pernah memberitahuku bahawa itu bukanlah kayu ukur dalam sesebuah perhubungan cinta. Aku masih tidak tahu apakah faktor yang menyebabkan dia pergi meninggalkan aku.

Aku tunggu dia, hari demi hari. Walaupun kami sering terserempak di sekolah, dia tidak pernah menegurku. Aku juga membuat keputusan untuk mengabaikan semua ini. Setelah beberapa bulan, dia munculkan diri dan menjelaskan kepadaku tujuan dia. Hakim menyatakan yang dia ingin menumpukan pelajaran dahulu. Jika itu yang dia inginkan aku tidak kisah. Dia menyuruhku menunggunya Cuma setahun sahaja lagi.

Aku bersetuju dengannya. Benar juga apa yang diperkatakannya itu. Aku juga harus menumpukan pelajaran. Pelajaran itu lebih penting buat seorang pelajar seperti ku. Aku mula mengenali keluarganya serta kakaknya. Aku sering berhubung dengan kakaknya. Kakaknya pernah memberitahuku yang Hakim pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan pada awal tahun masa kami di tingkata lima.

Bagaikan batu besar menghempap diriku tatkala berita itu dikhabarkan kepadaku. ‘Apakah aku ditipu selama ini? Atau, sememangnya dia tidak menyukai aku? Ataupun dia sudah bosan denganku?’ detik hatiku. Aku ingin bertanyakan hal ini padanya. Aku membantutkan niatku kerana tidak mahu fikiran kami akan terganggu dek masalah yang tak seberapa berat ini. Selesai peperiksaan SPM, dia tidak jua munculkan dirinya.

Entah kenapa aku berasakan yang dia tidak lagi memerlukan aku. Tetapi aku masih menginginkannya. Aku juga mahu mendalami islam dengan lebih mendalam memandangkan selama ini, aku agak jahil. ‘Kenapa selama ini, hanya aku yang beria-ria pertahankan hubunganku? Sedangkan dirinya seolah tidak kisah jika aku hilang dari kamus hidupnya?’ getus hatiku. Aku membuat keputusan untuk melupakan semua ini. Melupakan kenangan antara aku dan Hakim.

Aku pasrah dan redha jika ini takdir cintaku antarra diriku dan Aliff Hakim. Tidak perlu aku menagih kasih dan meminta pada mereka yang tak sudi. Aku masih punya harga diri. Baiklah. ‘Maafkan saya, Hakim. Jika kehadiranku ini membuatkan dirimu terseksa.’ rintih hatiku. Ku rasa mataku sudah panas dek menahan air mata daripada menitis. Akhirnya ku tewas juga apabila airmataku tidak segan silu mencurah ke bumi. Aku memasang azam untuk melupakan semua ini.





 Kini...

Sebulan lagi aku akan dinikahkan dengan anak teman ayahku, Encik Hafiz. Apakah aku mampu mencintai Aqish Nor Syaidan?? Aqish Nor Syaidan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Aku pula hanya seorang pengurus Restoran Asam Pedas. Aku benar-benar gementar untuk menjadi isteri Syaidan. Hatiku berbelah bagi tika memberi keputusan untuk bertunang dengannya.

“ Humaira, Aqish akan cuba menjadi suami yang baik untuk Maira. Maira sudi terima Aqish dalam hidup Maira? ” soalnya padaku sebulan sebelum pernikahan kami.

Aku mengangguk sambil tersenyum padanya. Akan ku cuba mencintai diri Aqish. Jika ini takdir cintaku, aku redha dan rela. Aku benar-benar gembira apabila Aqish sentiasa memberitahu aku bahawa dia amat bersyukur kerana perhubungan kami mendapat restu dari kedua belah keluarga. Dia turut gembira kerana kami dapat merasai kemanisan iman itu dengan cara yang diredhai ALLAH.

Tanggal 21 Ogos 2014, aku sah menjadi isteri kepada Aqish Nor Syaidan, seorang ahli perniagaan. Aku memanjatkan kesyukuran di atak nikmat-NYA. Menitis air mataku tatkala Syaidan mencium ubun-ubunku. Majlis kami dijalankan secara sederhana seperti yang dirancang. Masa berlalu dengan pantas. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Hatiku mula terasa takut dan gementar. Tiba-tiba Aqish menghulurkan aku sepucuk surat sebelum meninggalkan aku di kamar sendirian.

“ Maira, bacalah. Abang turun ke bawah kejap.” ucapnya sambil menghulurkan aku sebuah bungkusan serta sepucuk surat.

Kepada isteri yang tercinta,

Ingin abang katakan sesungguhnya abang bahagia menjadi suami kepada seorang wanita yang bernama Aisya Humaira binti Syed Amri. Mungkin Maira tidak perasan wajah abang seakan mirip wajah Khairil Azlan. Khairil Azlan adalah adik abang. Khairil meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Dia sempat berpesan dengan abang agar memohon maaf daripada Maira. Dia mula sedar yang dia mencintai Maira. Tapi, disebabkan ego yang tinggi, dia melepaskan Maira pergi. Abang pada mulanya hanya ingin menyampaikan salam kemaafan dari adik abang. Tapi setelah mengenali Maira, abang mula terpaut pada Maira. Hati abang tidak tenang sekiranya abang melihat Maira bersama laki-laki lain. Abang cintakan Maira. Percaya lah. Abang mengahwini Maira bukan sahaja atas kehendak kedua orang tua abang. Tetapi kerana abang sudah bertemu dengan permaisuri hati abang, Maira. Semoga hubungan kita akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata kelak. Abang harap Maira turut mencintai abang. Salam sayang untuk permaisuri abang.


                                                                                                            Yang mencintaimu,
                                                                                                             Aqish Nor Syaidan


‘Akan ku mencintaimu setulus hatiku. Agar kita sama-sama mengecapi kemanisan iman itu. Akan ku tutup semua sejarah hidupku. Akan ku buka lembaran baru hidupku bersamamu, abang. Maira akan sentiasa mencintai abang hanya kerana DIA.’ getus hatiku.

‘Pergilah Azfi, Khairil, dan Hakim dari jiwaku. Maafkan ak

~Pengajaran untuk kaum hawa~ wajib baca

~~Kisah pasangan kekasih yang cukup bahagia~~

Girl: ~~awak, awak betul2 serius ke dengan perhubungan kita ni??~~saya takut awak cuma permainkan saya je~~

Boy: ~~saya tak tau la nak cakap apa lagi~~kan saya da bagitahu awak, yang saya betul2 sayangkan awak~~

Girl: ~~betul ke??~~kalau macam tu, bila awak nak masuk meminang saya??~~

Boy: ~~saya belum bersedia lagi la nak berumah tangga~~saya harap awak faham~~

Girl: ~~awak tahu tak, saya betul2 sayang awak~~saya tak sanggup lagi hidup macam ni~~saya nak hubungan kita halal~~

Boy: ~~ala!!awak jangan lah poyo macam ni~~saya bosan la!!~~baik awak jangan cakap pasal ni lagi~~kalau x, kita putus~~

~~Girl mula menitikkan air mata~~Tangisannya pun mula kedengaran~~Boy mula berasa bersalah~~

Boy: ~~Sayang!~~jangan macam ni~~ok3..~~saya sanggup jadikan awak isteri saya~~

~~lelaki ini sering memujuk perempuan ini untuk mendapatkan aset perempuan tersebut~~perempuan itu memang tegas orangnya~~lama-kelamaan,perempuan itu tewas~~

~~perempuan itu berani berbogel di hadapan lelaki tersebut~~perempuan tiu juga rela tubuhnya diraba oleh sang kekasih durjana itu~~

~~mereka tidak pernah melakukan seks~~tetapi perlakuan mereka amat menjijikkan~~perempuan itu tidak membenarkan lelaki itu melakukan seks bersamanya~~kerana khuatir sang kekasihnya itu akan meninggalkannya setelah merampas mahkota dirinya~~

~~padahal lelaki itu puas walaupun hanya dapat menatap dan merabanya sahaja~~perempaun itu juga sering ke rumah lelaki itu dan melakukan kegiatan tersebut hampir setiap hari~~

~~suatu hari lelaki durjana itu kemalangan kerana mabuk ketika memandu~~dia koma di hospital~~perempuan itu amat sedih~~dia xsanggup kehilangan sang kekasih yang tidak berguna itu~~

~~walaupun lelaki tersebut koma, perempuan itu masih belum sedar akan kesilapannya~~akhirnya lelaki durjana itu pun mati di dalam kekufuran~~

~~3 tahun kemudian~~

~~perempuan itu sudah boleh menerima kenyataan~~dia terima bahawa kekasihnya sudah pergi meninggalkannya~~

Girl: ~~hye!!awak kawan Boy kan??~~saya Girl~~kata Girl kepada teman lama Boy~~

Boy2: ~~hye!!ye,~~awak Girl??~~oo~~balas lelaki itu sambil tersenyum~~

Girl: ~~boleh kita berkenalan??~~tanya Girl pada Boy2~~

~~Boy2 mengangguk~~

Boy2: ~~jom saya belanja awak makan~~ajak Boy2~~

~~di restoran~~

Girl: ~~awak ni kacak jugak ye??~~awak da kawin??~~tanya Girl tanpa segan silu~~

Boy2: ~~sudah tentu belum~~saya baru saja dapat kerja~~ujar Boy2 sambil ketawa~~

~~mereka berkawan lebih kurang 6 bulan~~Girl bahagia dan menyangka Boy2 adalah pengganti kekasihnya dahulu~~

Girl: ~~awak, awak sudi tak jadikan saya isteri awak??~~tanya Girl pada Boy2~~

~~Boy2 ketawa berdekah-dekah~~sambil memegang bucu meja~~

Boy2: ~~saya tak mungkin kahwini awak~~awak perempuan kotor~~awak bekas orang~~saya tak mungkin kahwin dengan bekas orang~~jijik tahu tak???!!~~

Girl: ~~awak!!awak pun merosakkan anak dara yang lain!!tak payah bajet bagus la!!~~jerit Girl!!~~

Boy2: ~~memang!!tapi aku nak jadikan seorang perempuan yang sejati sebagai isteri aku~~bukan macam kau~~kotor!!~~banyak lelaki sekarang cuma berseronok je dengan perempuan~~hakikatnya,dieorang impikan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri~~kau pikr lah~~apa layak kau jadi bini untuk seorang lelaki??~~sedangkan diri kau kotor??~~kalau aku kahwin dengan kau,aku tak dapat apa2 keistimewaan~~tubuh kau pernah menjadi tontonan orang lain!!~~suara kau pernah kau perdengarkan pada orang~~aurat kau~~gelak ketawa kau,~~sorry to say~~aku sebagai lelaki nak seorang isteri solehah~~bukan aku je.~~lelaki di luar sana juga begitu~~perempuan macam kau,cuma untuk berseronok je~~balas lelaki itu panjang lebar~~

~~Girl itu menyedari dirinya yang begitu kotor~~dia akui kata2 lelaki itu~~lelaki ingin berseronok~~hakikatnya,mereka ingin memperisterikan perempuan solehah sebenarnya~~

p/s: menyesal pun da xde gunenye..cerita ni bukan untuk menceritakan keburukan kaum laki, tapi untuk mnyedarkan kaum wanita yang seringkali terpedaya dengan tipu helah lelaki..bagi kaum lelaki pula, janganlah perdayakan kaum hawa..mereka insan lemah..wanita,sayangilah diri anda..kerana akalmu senipis bilahan rambut..tebalkanlah akalmu dengan iman yang teguh..hatimu bak kaca yg rapuh..jangan terpedaya dengAN kaum adam..bersikap pesimis lah dalam memilih teman hidup dan pasangan..

~Aku isterimu, sedang belajar mencintaimu~

“Maafkan Ana, ibu. Ana menyesal dengan apa yang terjadi. Ana yang salah, ibu. Maafkan Ana, ibu” ucapku pada Mak Intan.

Aku benar2 menyesal..
Aku telah kehilangan seorang sahabat yang baik..
Aku yang telah membunuhnya..
Aku sepatutnya mendengar kata2 nya..
Kereta yang aku pandu terbabas sehingga mengorbankan kawan terbaikku..
Aku menyayanginya..

Sungguh!!
Aku sayang padanya..
Intan liyana...
Kawanku yang terbaik yang pernah ku temui..

“Ibu dah maafkan Ana. Ibu tahu Ana betul2 sayangkan Intan. Jangan menyesal dengan apa yang dah jadi. Ini semua takdir.”  luah mak Intan padaku.

Lantas ku memeluk erat mak Intan..
Betapa ku sayu dan hiba melihat ketulusan hati mak Intan memaafkan aku..
Aku sememangnya menganggap mak Intan seperti ibuku sendiri..
Memandangkan aku seorang anak yatim piatu sejak di bangku sekolah rendah lagi..

Aku menangis di pelukan seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak kesayangan..
Aku tahu, mak Intan sedih atas pemergian anaknya..
Tapi, dia memendam perasaan sedih itu demi tidak mahu melihatku turut sedih..
Aku sedih dan benar2 menyesal..

Aku mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah yang dahulunya aku sewa bersama Intan..
Aku ingin berpindah ke kampung..
Aku ingin memencilkan diri dan muhasabah diriku..
Aku masih lagi berasa sedih di atas pemergian sahabat karibku..
Aku mahu meninggalkan segala kenangan di sini..
Aku mahu melangkah jauh meninggalkan orang yang aku sayangi..
Maafkan Ana, ibu!!

“Ana, tolong jangan tinggalkan ibu. Ibu dah kehilangan seorang anak perempuan. Ibu x nak kehilangan Ana. Ana jangan pergi ye, Ana. Kalau Ana sayangkan ibu. Tolong, nak. Jangan tinggalkan ibu.” rayu mak Intan kepadaku.

Aku benar2 berasa bersalah..
Aku yang telah menyebabkan anaknya mati..
Aku memang menyayangi ibu..
Tapi, layakkah aku hidup di rumahnya yang tersergam indah itu??
Layakkah aku hidup gembira dengan harta kemewahan ibu??

“Ana, tolong lah Ana. Kalau ana sayangkan ibu, Ana tinggallah di rumah kami. Abang x kisah. Rumah ni sunyi, Ana. Ana boleh tinggal di bilik Intan. Abang mohon pada Ana. Ana kasihan lah pada ibu. Ibu dah anggap Ana macam anaknya sendiri.” luah Abang Fahmiey, abang Intan yang tua tiga tahun dariku.

“Ana malu, bang. Ana layak ke tinggal kat rumah ni?? Ana ni cuma anak yatim. Ana bukan siapa2 nak hidup mewah kat rumah ni. Maafkan Ana, bang.” rintihku sambil menangis teresak-esak.

“Please, Ana. Jangan cakap macam tu. Abang x peduli. Abang x kan benarkan Ana pergi mana2. Abang nak Ana tinggal kat sini. Abang nak Ana jadi sebahagian dari keluarga kami.” tegas Abang Fahmiey.

“Ana...” jerit ibu sambil memelukku.

Aku membalas pelukan ibu..
Sungguh!!
Hatiku berat hendak melangkah pergi meninggalkan ibu..
Aku bahagia hidup bersama ibu..

“Ibu, Ana x akan tinggalkan ibu. Ana janji akan jaga ibu sampai ibu tua. Ana akan menyayangi ibu macam ibu Ana sendiri. Ana sayangkan ibu.”luahku di pelukan ibu.

“Terima kasih, Ana. Terima kasih! Abang mengalukan kehadiran Ana dalam keluarga kami.” ucap Abang Fahmiey sambil tersenyum memandang ke arahku.

Aku turut tersenyum..
Aku memandang Abang Fahmiey dengan penuh rasa terharu..
Abang Fahmiey benar2 baik padaku..
Sejak perkenalan aku dengan Intan, Abang Fahmiey turut menjadi rakan karibku..

Sebulan kemudian...

Kini, aku sudah tamat belajar..
Aku ditawarkan bekerja di syarikat Abang Fahmiey..
Bekerja sebagai setiausaha peribadinya..
Aku pada mulanya menolak tawaran tersebut..
Namun atas desakan ibu, aku terpaksa terima tawaran itu..
Walaupun sebenarnya aku bercita-cita nak buka Restoran Asam Pedas..
Itu adalah salah satu impian mama kandungku..
Namun, apakan daya, ibu mahu aku menuruti kehendaknya..

“Ana, Ana dah bersedia??” Tanya Abang Fahmiey.

“Bersedia?? Bersedia apa??” tanyaku kembali.

Dia memandangku..
Menunggu jawapan dariku..
Sebenarnya, aku tidak mengerti apa yang dimaksudkannya..

“Abang, Ana x faham soalan abang. Bersedia apa??” tanyaku lagi.

“Ana dah bersedia jadi isteri abang??” tanyaku memandang wajahku tanpa ukiran senyuman.

‘Alamak!! Dia ni melamar aku ke apa? Ke saja nak bergurau?’ detik hatiku.

Untuk menghilangkan getar di hati, aku ketawa, ketawa, dan terus ketawa..
Dia masih lagi merenungku..
Wajahnya nampak serius..
Tapi ku buat tidak mengerti..
Ku terus mengorak langkah..
Menuju ke kamar tidur..
Aku segera menutup daun pintu bilik setelah melangkah masuk ke dalam ruang bilik arwah Intan..


Aku merebahkan tubuhku di atas tilam empuk..
Ku pandang ke atas dan memikirkan sesuatu..

‘Apakah yang terungkap di bibir Abang Fahmiey itu benar??’ otakku ligat memainkan peranan.

Aku tidak mungkin punyai sebarang perasaan cinta padanya..
Aku hanya menganggapnya abang..
Aku amat berharap Abang Fahmiey tidak sedar akan kata2nya tadi..
Malu aku untuk bertemu dengannya pagi esok..

Keesokan harinya...

“Assalamualaikum... Ana, dah sarapan?? Jom la join abang sarapan.” ajak Abang Fahmiey.

“Waalaikumusalam. X apa la, bang. Ana dah sarapan tadi. Dengan ibu.” balasku sopan.

Ku lihat Abang Fahmiey tersenyum memandangku..
Aku membalas senyuman itu dengan seikhlas hati..
Sedang leka aku berbual dengan ibu, tiba2 Abang Fahmiey bersuara..

“Ana, dah bersedia ke??” Tanya Abang Fahmiey kepadaku.

Aku teringat pertanyaannya semalam..
Aku diam..
Tidak memberi reaksi..
Aku takut untuk menjawab..
Takut tersalah kata..
Aku berpura-pura tidak mendengar kata Abang Fahmiey..
Aku teruskan perbualan dengan ibu..
Perbualan kami kian rancak sehingga Abang Fahmiey berdehem pada kami..
Dia tersenyum tatkala aku terpandangnya..
Aku menjeling ke arahnya..
Ku lihat Abang Fahmiey merenungku..
Makin lama, ku dapat rasakan kian galak tusukan pandangannya padaku..
Aku segera meminta izin ibu untuk menghirup udara di luar sementara menunggu Abang Fahmiey menghabiskan sarapannya..

“Dah!! Abang dah siap. Adik abang ni dah sedia ke?? Semalam abang saja nak usik Ana. Dah sedia nak jadi setiausaha abang yang handsome ni??” seloroh Abang Fahmiey.

Aku mengangguk laju..
Aku ketawa melihat Abang Fahmiey membuat muka..

“Abang, jom! Abang ni.. Mentang2 la bos. Suka hati je datang lambat.” ajakku.

Sesampai kami di pejabat Abang Fahmiey, aku dikenalkan kepada staf2 yang lain..
Di sana aku disambut mesra..
Staf2 Abang Fahmiey semuanya peramah dan baik-baik belaka..
Sedang  aku leka berkenalan dengan staf2 di situ, tiba2 aku ditegur oleh seorang rakan lamaku..

“Aries??” bicaraku spontan.

Aries menarikku keluar dari bangunan Fahmiey & Intan Holding Sdn. Bhd..
Aku hanya menurut langkahnya..
Aku menarik tanganku kembali setelah terasa sakit di pergelangan tanganku..
Aku memandang Aries yang kini tampak amat berbeza..
Ku dengar Abang Fahmiey memanggil-manggil namaku..
Aries merenungku penuh dendam..
Aku teringat kisah kami empat tahun dahulu...

“Ana, Aries x cintakan Ana. Kenapa Ana sanggup rosakkan hubungan Aries dengan Intan??” tnya Aries memandangku.

“Aries, Apa yang Aries katakan ni? Ana x faham. Ana rosakkan hubungan Aries??”tanyaku padanya.

Air mataku sudah merembas keluar..
Sampai hatinya menuduhku begitu..
Aku akui, memang aku cinta padanya..
Rasa itu sudah lama ku pendam padanya..
Aku mengenali Aries terlebih dahulu dari Intan..
Aku terima bahawa cinta Aries memang untuk Intan..
Tapi, kenapa?
Kenapa dia sanggup menuduh aku menghancurkan hubungan mereka??
“Ana. Aries x pernah cintakan Ana. Aries x cintakan Ana!! Aries Cuma cintakan Intan. Sampai bila-bila pun.!!”jerit Aries padaku.

Aku menangkup telingaku..
Aku x sanggup mendengar kata2 itu..
Aku xsanggup!!
Aku x tau kenapa..
Sebak benar hatiku tika itu..

‘Baiklah, aku akan cuba berhenti mencintaimu, Aries.’ getus hatiku..

“Ana!!” jerit pemuda di hadapanku..

Aku mendongak memandangnya..
Mengerling di sebelahku, ku lihat Abang Fahmiey turut memandangku..

‘Ngada2 betul!!’ getus hatiku.. Air mataku menitik lagi..

“Ana?? ok x ni?? What’s up Ana?? Jangan lah sedih. Jom ikut abang.” ajak Abang Fahmiey tanpa memandang Aries.

Aries menghalang jalan kami..

“Kejap. Bagi aku berbincangkan dengan Ana. Ada hal nak bincang. Urgent!” tegasnya pada Abang Fahmiey.

Abang Fahmiey memandangku..
Meminta kepastian..
Aku memberi kata putus untuk berbincang dengan Aries..
Abang Fahmiey melangkah pergi ke kafe..
Abang Fahmiey meninggalkan aku dengan Aries..

“Puas hati kau sekarang??!!” Aries membuka bicara.

Aku memandangnya..
Aku cuba mencari jawapan di raut wajahnya..
Apakah yang dimaksudkannya sebenarnya??

“Aku dah kehilangan orang yang aku sayang. Semuanya sebab kau!! Kau yang menyebabkan kematian Intan!! Kau akan terima balasan!! Kau tunggu je lah!!” jerit Aries padaku.

Aku menggelengkan kepala..
Belum sempat aku melangkah pergi, Aries menangkap tubuhku..
Kemudian, Aries menampar wajahku..

Pangggg!!!

“Hahahahahaha!! Kau boleh pergi sekarang! Aku belum puas lagi! Ini baru sikit! Tunggu kau!!” kata Aries sambil mengepalkan tangannya.

Air mataku tidak segan silu merembas keluar..
Aku terus menuju ke taman berdekatan..
Ku lihat Abang Fahmiey ingin menghampiriku..
Segera ku seka air mataku..
Abang Fahmiey lebih cekap..
Dia cepat2 menghulurkan sehelai tisu..
Tanggisanku kian kuat..

Aku menangis di hadapannya persis anak kecil..
Dia ingin menggenggam jariku..
Tapi, aku sempat mengelak.
Walaupun aku sedih, aku masih waras lagi..
Abang Fahmiey bukan muhrim aku..
Tidak akan sewenang-wenangnya aku memberikan sesiapa mengambil kesempatan ke atas diriku..

“Abang dah agak. Dia mesti buat Ana menangis. Sebab tu berat je hati abang nak tinggalkan Ana tadi..” ujar Abang Fahmiey perlahan.

Redup matanya memandangku..
Penuh kesopanan Abang Fahmiey meminta maaf padaku atas keterlanjurannya tadi..

“Ana. Abang akan jaga Ana. Abang sayang Ana... macam adik abang, Intan.” kata Abang Fahmiey kepadaku.

Aku mengangguk dan senyum kepadanya..

Setahun kemudian...

“Aku nak kau hancurkan hidup Anabieyla!! Aku nak kau langgar dia! Tapi jangan sampai mati! Aku nak dia merana. Spertimana aku merana!! Ni upah kau!! Lepas kau selesaikan kerja kau, kau akan dapat bakinya! Ok! Deal??!” ujar Aries pada Aliff sambil menghulurkan RM3000.

‘Mampuslah kau!! Argh!! hahahahahah!!’ getus hati Aries.

Seminggu kemudian...

“Weyh, aku x sanggup!! Aku x sanggup lukakan Ana. Ana tu kan kawan kita dulu. Aku x sampai hati,der!” kata Aliff pada Aries.

“What?!! Argh!! AKu x suruh kau bunuh dia pun kan?? Just langgar je! Aku nak dia merana. Tu je.” teriak Aries.

“Aku x sanggup. Dia x pernah buat jahat dengan aku. Dulu masa kita belajar pun dia selalu tolong aku. Aku x sanggup! Nah balik duit kau!” ujar Aliff seraya memulangkan balik wang Aries kembali.

“Aku boleh buat sendiri la!! Blah la ko!” tempik Aries pada Aliff.
Aliff berlalu pergi.

Keesokan harinya...

Broom!!!!!Broom!!brommmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!bom!!!!!!!!!!!

“Astaghfirullah!! Abang!!” teriakku ke arah Abang Fahmiey.

“Terima kasih, Abang!!” ucapku.

“Abang, jom tengok, kereta siapa yang terbabas tu.” ajakku.

“Aries!” terkedu aku melihat mangsa kemalangan itu.

Abang Fahmiey membawa Aries ke hospital..
Ku lihat doctor sibuk merawat Aries di bilik ICU..
Ku lihat keadaan Aries sangat parah..

‘Ya ALLAH, selamatkanlah Aries.. Janganlah kau ambil nyawanya tika ini.’ doaku dalam hati.

“Cik Anabieyla, boleh saya tahu siapa keluarga En. Aries.??” soal doctor kepadaku.

“Saya kurang pasti. Kenapa doctor?” soalku pula pada doctor.

“En. Aries kekurangan darah. Dia memerlukan darah. Tetapi kami kekurangan darah AB di sini. En. Aries perlukan rawatan segera.” jelas doctor.

Aku rela mendermakan darahku pada Aries..
Satu-satunya lelaki yang aku cintai..
Aku sanggup mendermakan sebahagian hatiku kepadanya..
Aku sanggup, asalkan dia bahagia..

Lima tahun kemudian…

Kini, sudah setahun masa berlalu..
Aku sudah mempunyai  dua orang anak hasil perkahwinan aku dan Abang Fahmiey..
Bahagia diriku tiada siapa yang mengerti..
Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa bahagianya aku kini..
Hidup bersama 2 orang putera tersayang..
Ahmad Haykal dan Ahmad Hayrie..

“Sayang!! Sayangku Ana!! Abang sedang memanggilmu sayang!!” jerit Fahmiey Hakimie.

“Ya!! Ana kat sini la, bang!!” balasku.

“Mama!! Mama!! Abi panggil mama.” bicara Hayrie.

“Ya, sayang. Mama datang ni. Abang ni gelabah la. Kan sayang datang ni. Tau la x sabar2 nak pergi luar negeri. hahahahaha!!!” ujarku lembut sambil ketawa.

“Sayang peril abang ke??” soalnya manja.

Aku mengangkat bahu..

“Abang x sabar nak pergi honeymoon la sayang...” bisik suamiku nakal.

“Awww!! Honeymoon kita?? No3!! x romantic la abang. Honeymoon kita kat luar negara la..” selorohku.

“Amboi!! Sayang ni!! Abang kejar sayang ni!!” tempiknya sambil berlari anak mengejar aku.

Aku seperti anak kecil berlari-lari menyorok di belakang putera2 ku..

“Mama dengan abi ni macam budak2 kecik la! Betul x Hayrie??” soal si abang kepada adiknya.

“Betul3..!!” jawab Haykal.

“Anak-anak abi nak kena ni!! Berani cakap abi budak2 ye?? Abi kejar ni!!” jerit suamiku pada permata hati kami.

Sungguh!!
Aku bahagia tika ini..
Tidak dapat ku ungkapkan dengan kata2..
Betapa besarnya kekuasaan ALLAH..
Akhirnya jodoh aku adalah Fahmiey Hakimie..
Lelaki yang ku anggap abang selama ini..

‘Sekarang dah jadi abang lain! Abang sayang la!!’ seloroh hatiku.


Surat buat suamiku ( Fahmiey Hakimie),

Abang,
Terima kasih kerana dapat menerima Ana. Walaupun Ana bukan seorang perempuan yang abang idamkan selama ni. Abang lelaki yang benar2 dianugerahkan ALLAH pada Ana. Ana amat bersyukur menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Fahmiey Hakimie. Terima kasih, abang! Ana amat mencintai abang. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Ana untuk mencintai abang. Ana bahagia dengan kehidupan Ana sekarang. Dengan cahaya mata kita. Ahmad Haykal dan Ahmad Hayrie.

Menitis air mata lelaki tika Fahmiey Hakimie membaca warkah isteri tercinta..

Hasil karya:

Nurul Nabila Idris a.k.a Ikhwana Anabieyla Syed Amri

~Dia suamiku, tetapi tidak pernah menyentuhku~

“Kau!! Macam sampah! Muka hodoh! Ada hati nak rampas Aqish dari aku?? Cermin la diri kau dulu, si hodoh!!” tengking Syamira kepadaku.

‘Astaghfirullah! Ya ALLAH.. Kau tabahkanlah hati aku dengan dugaan-Mu ini..’ rintih hatiku.

Aku cepat2 berlalu dari situ..
Aku malu dihina sebegitu..
Aku tidak faham apa pun yang diperkatakan oleh Syamira..
Aku benar2 tidak menyangka sahabat baik ku tegar menghinaku..
Memang kami amat berbeza..
Dari segi personaliti..
Dari segi pergaulan..
Memang kami x sama..
Tapi, dia pernah berjanji untuk menjadi sahabatku hingga ke akhir hayatku..
Tegar benar hatinya menghina aku..

Ya! Memang benar..
Aku tidak secantik dia..
Dia terlalu cantik..
Ramai lelaki meminati dia..
Tapi itu tak bermakna dia berhak menghina aku..
ALLAH jadikan aku sebaik-baik kejadian..
Aku redha dan terima dengan diriku ini..

Walau apapun yang berlaku..
Aku tetap menyayangi dia sebagai sahabat..
Tetapi, di saat ini, aku benar2 kecewa..
Inikah sahabat??
Mampukah aku bertahan dengan segala tohmahan yang dia lemparkan??
Mampukah aku melupakan segala kata kesat yang dia berikan padaku??
Sungguh!!
Aku tak berdaya..

‘Ya ALLAH.. Hanya kepada-MU aku berserah.. Sesungguh-NYA, Kau Maha Mengetahui..
Bimbinglah aku.. Berikanlah hidayah dan petunjuk-Mu kepada Syamira.. Aku amat menyayanginya Ya ALLAH.. Jadikan lah kami sebagai hamba-MU yang diredhai..’ rintihku di dalam doaku..


Seminggu kemudian...
“Assalamualaikum. Awak Farah Dalilah kan?” Tanya seorang pemuda kepadaku.

Aku mengangguk laju..
Aku mengenali pemuda ini..
Dia kawan rapat Syamira.
Tetapi kenapa dia datang kepadaku??
Aku menjadi tak keruan..

‘Macam mana kalau Syamira nampak?’ getus hatiku.

Aku segera berlalu pergi meninggalkan Aqish..
Aku khuatir Syamira akan lebih terluka melihat aku dan Aqish..
Aqish memanggil2 nama ku setelah melihat aku melangkah jauh pergi darinya..

Langkahku semakin laju..
Aku tidak mahu mengenali dengan Aqish..
Aku tidak mahu bergaul dengan lelaki buat masa ini..
Aku belum bersedia lagi..
Aku mahu mencapai cita-cita dan impianku dulu..
Aku tidak mahu memikirkan semua ini lagi..


Setahun kemudian...

“Tolonglah, Farah. Aqish betul2 ikhlas nak berkawan dengan Farah. Aqish bukan seperti yang Farah fikirkan. Memang Aqish bergaul dengan budak2 nakal. Tapi tu tak bermakna Aqish juga nakal. Betul tak?” luah Aqish padaku.

“Maaf Aqish. Bukan mudah Farah nak bergaul dengan kawan lelaki. Farah tak pernah bergaul dengan lelaki. Farah tak pandai berkawan. Maaf. Farah pergi dulu.” balasku tegas.

“Farah, tolonglah. Berkawan saja. Tidak lebih dari itu. Ok??” luah Aqish lagi.

“Boleh. Tapi dengan satu syarat. Kalau Aqish boleh penuhi syarat ni, kita akan jadi kawan.” ucapku sambil tersenyum ke arahnya.

Dia mengangguk tanda setuju..
Aku memulakan bicara..

“Aqish mesti berjumpa dengan kedua ibu bapa Farah. Sesiapa yang nak berkawan dengan Farah perlu mintak izin ibu ayah Farah dulu. Itu syaratnya.” ujarku kepadanya.

“Aqish setuju. Esok jugak Aqish jumpa ibu bapa Farah. Ok??” balasnya girang.

Aku segera meminta diri..
Aku tidak mahu pertemuan kami berlanjutan sebenarnya..
Aku bukan tidak percayakan keikhlasan Aqish..
Tapi, hati aku memang berat untuk menerima kehadirannya..
Walau hanya sebagai kawan..
Aku juga tidak tahu mengapa..

Keesokan harinya…
“Assalamualaikum, pak cik, mak cik. Saya Aqish. Kawan anak pak cik, Farah Dalilah.” beritahu Aqish dengan tenang.

Aku sekadar mengangguk..
Aku tahu dari riak wajah kedua orang tuaku mereka tidak suka akan Aqish..
Aqish berpakaian seperti orang berada..
Ayahku memang tidak menggalakkan aku berteman dengan orang berada..
Ayah aku khuatir diri aku akan disakiti..
Setelah lama berbual, Aqish meminta diri untuk pulang ke rumah..
Pada mulanya ayah aku seperti tidak menyenangi Aqish..
Namun, ayahku seolah tidak ingin membenarkan Aqish pulang setelah lama berbual..

‘Ayah oh ayah.. Adakah kau restui hubungan persahabatan kami ini??’getus hatiku..

“Pak cik, saya balik dulu la ye? K. Assalamualaikum.” ucap Aqish seraya bersalaman dengan ayahku.

“Farah, Aqish balik dulu ye? Nanti kita jumpa dekat kolej. Assalamualaikum.” ucap Aqish kepadaku sambil melambaikan tangan.

Hubungan aku dengan Aqish berjalan dengan lancar..
Hubungan kami menjadi semakin rapat..
Yang aku hairan, Syamira tidak kisah akan perhubungan kami..
Malah, Syamira meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya dahulu..
Aku amat bersyukur..
Akhirnya, Syamira menjadi kawanku semula..
Sebelum aku habis belajar, Aqish melamar aku..
Aku belum bersedia..
Tapi Aqish tetap ingin menjadikan aku sebagai isterinya secepat mungkin..
Setiap malam aku lakukan solat istikharah..
Memohon petunjuk kepada-Nya yang Maha Mengetahui..
Aku akui hatiku sudah mula mencintainya..
Selepas tamat belajar, kami terus berkahwin..

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Amier Nor Aqish..
Aku benar2 tidak menyangka..
Kini, aku sudah bergelar isteri kepada seorang arkitek..
Amier Nor Aqish..

‘Ya ALLAH, terima kasih Ya ALLAH.. Kau pertemukan aku dengan insane yang menyayangiku. Alhamdulillah..’ rintihku bahagia.

Pada malam pertama, Aqish tidak sedikit pun menyentuh aku..
Aku benar2 hairan..
Tidakkah dia berkeinginan melihatku??
Aku khuatir jika aku ada tersalah kata terhadapnya..
Aku memandangnya yang sedang lena tidur..

‘Mungkin dia penat agaknya. Tak apalah. Lebih baik aku tidur dahulu.’ getus hatiku.

Aku terus melentokkan kepalaku di atas bantal empuk..
Ku dengar helahan nafas suamiku..
Ku lihat dia semakin lena..

‘Dibuai mimpi agaknya. Tidurlah wahai suamiku.’ getus hatiku lagi..

Keesokan paginya...
“Abang, makan la dulu. Farah ada buat sarapan ni.” aku mengajak suamiku.

Dia duduk di meja makan..
Dia tidak menegurku sepatah pun..
Aku tidak tahu apakah salahku terhadapnya..
Aku benar2 bingung..
Jika aku ada melakukan kesalahan, beritahu lah..
Ini tidak..
Diam bukan boleh menyelesaikan masalah pun..

Dia pergi kerja tanpa memberitahuku..
Die tergesa-gesa ke kereta..
Aku benar2 merindui ibu dan ayah..
Aku terasa ingin pulang ke rumah..
Tapi, sekarang aku adalah isteri kepada Amier Nor Aqish..

Kini, sudah 2 tahun genap perkahwinan kami..
Namun, dia tidak pernah menyentuh aku walau sedikit pun..
Kehidupan kami tidak seperti suami isteri yang lain..
Aku benar2 terasa..
Apakah hina sangat aku di matanya??
Sehingga jijik sangat dia ingin menyentuhku..

Suatu hari, aku mengambil masa untuk berbincang dengannya mengenai hubungan kami..
Namun dia menolak dengan alasan dia sibuk dan tiada masa untuk bermesra denganku..
Hati isteri manakah yang tidak sedih??
Aku tidak pernah merasai kehidupan sebagai isteri..
Aku pasrah..
Ini dugaan untukku..

Hari ini hari jadi suamiku..(21 Ogos)
Aku ingin keluar membeli-belah untuk membuat persiapan makan malam dengannya nanti..
Aku membeli banyak barang termasuk hadiah untuknya..
Sedang aku leka membeli barangan, tiba-tiba...

Buppp!!

“Adoi!! Hey!! Sakitlah!!” kedengaran suara perempuan merintih.

“Maaf, saya tak nampak. Maaf sekali lagi.” ujarku perlahan.

“Kenapa ni sayang?? Jangan lah marah2..” suara yang amatku kenali kedengaran.

Aku menolah ke arah lelaki tersebut..

“Abang??” terlontar perkataan itu di bibirku tanpa ku sedari..

Alangkah terkejutnya aku, suamiku sedang bergandingan dengan perempuan lain..
Jadi, selama ini suamiku curang denganku??
Dan aku, terlalu bodoh mempercayai suamiku??
Aku hampir terjelopok ke lantai..
Nasib baik, aku sempat memegang tiang di sekitar itu..
Air mataku merembes keluar..
Aku tidak tahu apakah salahku sehingga diperlakukan sebegitu..
Aku pulang ke rumah..
Aku terus ke kamar mandi dan membersihkan diri..
Kemudian aku menunaikan solat dan mengadu segala-galanya kepada-Nya..
Sehinggakan aku terlena..

Aku terjaga apabila terdengar kuakan pintu bilikku..
Tiba-tiba suamiku naik angin.
Aku segera mendapatkannya..

“Kenapa??” tanyaku perlahan.

Pangggg!!!

Satu tamparan hinggap di pipiku..
Cecair darah mengalir di hujung bibirku..
Aku hamper pengsan melihat titisan darah itu..
Namun ku kuatkan diriku..
Aku mahu selesaikan masalah rumah tanggaku secepat mungkin..

“Puas hati abang?? Patut lah selama ni abang tidak langsung berkeinginan dengan Farah.. Abang dah ada orang lain.. Kenapa abang tak berterus terang dengan Farah?? Apa salah Farah pada abang??” soalku bertubi-tubi.

“Kau tu yang bodoh!! Cermin dulu diri kau sebelum kahwin dengan aku. Menyesal aku kahwin dengan perempuan macam kau ni!! Perempau jalang!!” jeritnya padaku..


“Sebelum aku kahwin dengan kau, kau bajet kau suci!! Padahal kau dah rosak!! Kau tu bekas orang je kan?? Jijik aku dengan kau!!” jeritnya lagi padaku..


Aku beristighfar panjang..
Aku menangis semahu-mahunya..
Inikah dia sikap seorang suami??
Sampai hatinya menghina diriku..
Siapakah yang membuat fitnah pada diriku ini??
Memang aku tidak secantik bidadari..
Memang aku tidak seindah bulan purnama..
Tapi aku redha dengan diriku ini..

“Tadi kau persoalkan aku tak jalankan tanggungjawab aku kan?? Ok!! Sekarang aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami!!” tengking suamiku.

Dia menarik kasar tubuhku..
Mencumbui tubuhku dengan kasar..
Merangkul tubuhku dengan penuh keinginan..
Sedangkan aku tidak rela..
Aku tidak rela membiarkan suamiku memiliki aku..
Dia tidak layak..
Aku menangis semahu-mahunya..

Keesokan harinya...

Aku bangun perlahan-lahan..
Ku lihat tanpa seurat benang pun di tubuhku..
Aku malu..
Aku berasa amat kotor..
Lantas aku ke bilik air..
Aku menuju ke kamar mandi dan membersihkan diri..
Aku segera menunaikan solat subuh..
Aku toleh ke arah suamiku yang sedang berdengkur..

Aku harus pergi..
Pergi tinggalkan suamiku..
Dia sudah mendapat apa yang dia mahukan..
Aku tidak diperlukan lagi..
Aku akan pergi jauh dari hidupnya..
Walau sedih hatiku meninggalkannya..
Itulah yang terbaik buat kami..

Lima tahun kemudian...
Genap lima tahun aku hidup sebagai ibu tunggal dan janda..
Walaupun begitu, aku bahagia..
Aku mempunyai sepasang anak kembar bersama bekas suamiku dahulu, Amier Nor Aqish..
Aqielah dan Amierah..
Merakalah permata yang aku ada..
Sejak aku melahirkan anak-anak aku, aku di sahkan menghidap penyakit barah rahim..

Aku tahu umurku tidak panjang..
Aku cuba mencari Aqish untuk menjaga anak-anak kami nanti ketika ketiadaan aku kelak..

“Assalamualaikum. Boleh saya berjumpa dengan En. Aqish??” tanyaku kepada seorang pemuda di pejabat Aqish.

“Waalaikumsalam. Saya lah Aqish. Awak siapa??” balas pemuda tadi sambil merenung ke arahku.

“Saya Farah Dalilah.” ujarku membuat Aqish tersentak. Aqish mengajakku ke pejabatnya.

Beberapa minit kami mendiamkan diri..
Aku memandangnya..
Aku tidak tahu bagaimana ingin memulakan butir bicara..

“Aqish, sebenarnya saya datang ke sini nak bagitahu awak yang kita pernah ada anak bersama.” bicaraku tenang.

Aku menunggu reaksi dari Aqish..
Dia hanya merenung memandangku..

“Farah, Farah dah banyak berubah. Farah lebih cantik dari dulu.” ujarnya padaku.

Aku tersenyum..
Alangkah indahnya jika pujian itu yang terlafaz di bibir nya lima tahun lepas..
Sudah terlambat untuk mengulangi semua itu..

“Aqielah, Amierah. Ini anak-anak awak.” aku perkenalkan kedua orang puteri kami kepada Aqish.

“Benarkah ini anak kita??” Tanya Aqish kepadaku.

aku mengangguk tanda setuju..
Aku tidak mahu berbicara masa lampau..
Cukuplah aku pernah disakiti..
Ketika aku ingin bangun, tiba-tiba kepalaku terasa berat..
Lalu aku terjatuh dan tidak sedarkan diri..
Ketika aku membuka mata, aku sduah berada di hospital..
Aku memandang ke arah kedua orang puteriku..
Mereka sedang menangis di pelukan seorang lelaki..
Lelaki yang amat ku cintai dari dahulu sampai saat ini..

“Sayang, bangun. Ni abang.” ujar Aqish lembut..

Aqish cuba meraih tanganku..
Tetapi aku menarik tanganku darinya..
Dia bukan lagi suamiku..
Aku sudah membuat tuntuan fasakh setelah aku melahirkan Aqielah dan Amierah.

“Maafkan abang, sayang. Abang menyesal. Maafkan abang. Kita bina hidup baru. Kita rujuk.” luah Aqish.

“Awak, jangan diungkit kisah yang lama. Yang penting sekarang anak kita.” balasku perlahan.

“Awak, tolong jaga anak kita baik-baik. Ini saja permintaan saya. Tolong jaga anak kita baik-baik. Didiklah mereka dengan penuh kasih sayang. Ikutlah laluan jalan yang lurus, jalan yang diredhai ALLAH.” luahku lagi.

Nafasku makin deras..
Aku segera mencapai sepucuk surat..
Aku berikan kepada lelaki yang amat ku cintai..
Akhirnya, aku menghembuskan nafas terakhir di sisi lelaki yang amat ku cintai, Amier Nor Aqish..
Tinggallah kedua orang puteriku dengan ayah mereka..




Kepada lelaki yang amat ku cintai,

Farah mintak maaf jika sepanjang perkenalan kita jika ada perkara yang Farah lakukan sehingga membuat abang tersinggung. Farah amat mencintai abang. Abang adalah cinta pertama dan terakhir Farah. Farah tidak tahu mengapa abang sanggup menuduh Farah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sedangkan Farah berkali-kali beritahu abang bahawa abang satu-satunya lelaki yang Farah cintai. Walau apapun yang abang buat, Farah tetap sayangkan abang. Satu saja yang Farah mintak. Tolong jaga anak-anak kita. Aqielah dan Amierah adalah bukti cinta dan kasih kita. Jika abang benar2 menyayangi Farah jagalah anak kita sebaik mungkin. Anggaplah takdir cinta kita hanya sampai di sini. Farah tak mungkin hidup lama. Penyakit Farah semakin teruk. Mungkin hanya dengan keajaiban ALLAH, Farah boleh teruskan hidup. Tapi, Farah dah tak larat. Farah letih sangat. Maafkan Farah terpaksa tinggalkan abang. Farah harap hadiah yang Farah tinggalkan untuk abang ni akan membuat abang menjadi seorang yang lebih dekat dengan-Nya. Salam terakhir dari Farah Dalilah.

Yang mencintaimu:
Farah Dalilah



Air mata Aqish merembas keluar dengan lajunya..
Dia membuka bungkusan hadiah itu dengan perlahan..
Kedengaran tangisan yang kian mengisi ruang bilik wad..
Yassin dan sebuah Al-Quran..

'Suci sungguh hatimu wahai isteriku. Akan ku tunaikan permintaanmu. Akan ku limpahkan kasih dan sayangku kepada puteri kita. Akan ku sentiasa mencintaimu. Sehingga akhir hayatku. Sesungguhnya rasa cintaku terhadapmu hanya kerana-Nya. Abang amat mencintaimu, sayang.' rintih Aqish dengan memeluk erat kedua puterinya.

Hasil Karya:
Nurul Nabila Idris.