zwani.com myspace graphic comments

~About Nabieyla~

My photo
Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Malaysia
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.. Cantiknya itu pula asli, tidak bertopeng.. Bukan sahaja cantik, malah suci, murni, bercahaya gemerlap, putih, bersih, berkilauan.. PERCINTAAN.. tak semestinya kekal.. KASIH SAYANG.. tak semestinya abadi.. RINDU.. tak semestinya berlagu.. CINTA.. tak semestinya bahagia.. BENCI.. tak semestinya selamanya.. Aku bahagia walaupun hatiku menderita..

Sunday 27 February 2011

~Air mata malam pertamaku~

Perkenalan aku dengan 'si dia' betul2 best..
Masa dekat kantin sekolah..
Sedang aku melampiaskan rasa dahaga aku, tiba2 kaki aku tersadung dekat hujung kaki meja..
Tersembur air kiwi kat muka 'si dia', tertumpah baki air kiwi kat baju 'si dia'..
Dia nampak marah..
Hatiku takut, gentar, cuak...
Aku cuba tersenyum pada 'si dia'..

'Jangan marah aku, si kacak!!'.detik hatiku nakal..

Tapi dia nampak marah..
whoa~~~

'Tenanglah wahai si jantung hati..'.getus hatiku..

Kemudian die tersenyum..
Memandangku tepat ke arah mata..
Whoa~~~cair!!Cair!!cair hati aku!!
Aku cuba balas senyumannya..
Aku cepat2 minx maaf..

"Sory!!!Aku tak nampak!!".bicaraku laju sambil tunduk ke arahnya..

Alamak!! Apasal ber 'aku kau' plak!!?? xromantik betul la mulut ni!!heheeh..

Then, aku dengar dia ketawa..Bapak kacak!!Sabar3!!
Aku renung dia dalam2..
Dia pandang, aku jeling..
Aku pandang, die pandang lagi..

'Wadduh!! jangan pandang!!jangan senyum!!jangan berkata apa2!!!'

Aku benci situasi ni!!Agak lama kami bertatapan..Then, aku meminta diri untuk pergi dari situ..
Belum sempat aku melangkah pergi...

"Hooi!!" jeritnya padaku..

Cepat2 aku pandang ke arahnya..
Dia memandangku sambil memegang t-shirt nya yang terkena air kiwi aku tadi..
Aku paham..

'Nak minx ganti rugi ke pe plak ni??Muka kacak, gentle ar ckit!!' kata hatiku sambil memandang ke arahnya.

"Yes!!What's up??" tanya aku padanya.

"Hello!!Awak dah basahkan baju saya dengan air yang saya tak suka..Jadi, sebagai ganti rugi, tolong belanja saya makan boleh??"katanya dengan nada slumber!

'Bapak ar!!haish!!Menyampah plak aku ngan mamat ni!!Nasib baik handsome!'kata hatiku..

"Ok!!No prob!! bila??"balasku sambil jeling ke arahnya.

"Awak bagi no fon awak..Nanti apa-apa hal saya inform kat awak.." katanya padaku sambil tersenyum.

"Ok!!!Saya pergi dulu la eh??Saya ada study group ni.K.Assalamualaikum."kataku sambil berlalu.

Seminggu kemudian...

"Assalamualaikum..Bleh knal x dengan Anabieyla?" bisik seorang lelaki yang baru melewati meja makanku.

Aku cuba mengingati lelaki tersebut...
Dia lah lelaki yang poyo giler tu!!

'Whoa~~handsomenyer die..'.getus hatiku.

Dia tersenyum sambil mengangkat kening kepadaku..
Aku buat tidak layan kerana kawan2 ku sudah mula tersenyum sumbang sumbing ke arahku!!
Tiba2 lelaki tadi duduk di sebelah aku..
Aku tergamam..
Memandangnya dengan rasa sebal je!!

'Haish!!Diam lah hatiku..Janganlah berdegup laju..'kata hatiku..

Lidahku kelu untuk memulakan bicara.Mataku terpejam seketika.
Dadaku terasa sakit.Bibirku terkumat-kamit cuba berbicara.
Aku toleh ke arahnya.

'Alamak!!Senyum plak mamat ni!! Ni nak cair ni!!’nakal hatiku..

“Boleh!!” serentak kedengaran rakan2 ku menjawab..

‘Si dia’ ketawa.Ketawa..Dan terus ketawa..
Aku menahan geram..
Kawan2 aku seolah menyokong tindakan ‘si dia’..

‘Songol punye kawan2!!Bukan nak sokong aku!’getus hatiku geram..

“Saya ikhlas nak mengenali dengan awak.Saya nak berkawan dengan awak.Kalau boleh saya nak mengenali awak dengan lebih rapat lagi.”ujar ‘si dia’ di hadapan rakan2 ku.

Aku tergamam.Tersentak hatiku mendengar pengakuan yang x disangka-sangka..
‘Si dia’ tersenyum.Setia menunggu jawapanku.

“Ok! Kita kawan.”balasku perlahan.

“Whoa!!!!!~~”.Jerit teman2 rapatku.

Entah kenapa dieorang gembira sangat aku berkawan dengan Khairil Azmi.
Khairil Azmi.Itulah nama ‘si dia’.
Setelah beberapa tahun berkawan dengannya, baru aku mengenalinya.
Dia suka memasak.Dia gentle.Dia macho.Dia baik.Dia tegas.Dia romantic.Dia…macam2 la..

Setahun kemudian…
Khairil Azmi pergi tinggalkan aku..
Dia sudah tamat sekolah..
Aku still belajar lagi..
Aku sekarang di tingkatan lima..
Dia sekarang belajar kat UITM..

Lama dia tak mesej aku..
Lama dah kitaorang tak contact..
Sampai hati dia..
Tapi aku kena la happy..
Nak SPM..
Dah la aku amik subjek maut kat sini.

(KIMIA,ADD MATH,FIZIK,BIOLOGI)…
Aku kena struggle untuk dpt result yg gempak macam sepupu aku yg foyos tu..
‘Aku boleh la!!’hahahahaha!!

Lima tahun kemudian...
Sekarang aku menuntut di UIA...
Aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM...
Aku ambil bidang perubatan..
Cita-citaku menjadi seorang guru pada mulanya..
Namun, ‘si dia’ lebih suka jika aku bekerjaya doctor kelak..
Hatiku tetap padanya..
Aku masih menunggu ‘si dia’..
Dia masih belum muncul..
Aku betul2 rindukan dia..
Kenapa??
Dia pergi tanpa tinggalkan apa2 pesan padaku…
Hilangkah rasa cintanya padaku??
Ataupun..
Selama ni aku yang bertepuk sebelah tangan??
Aku keliru..
Aku sedih...
Aku menangis sendirian..
Aku setia menunggu..
Menunggu kepulangan seorang yang benar2 menyayangi aku suatu ketika dahulu..

Kini, cinta telah mengubah aku menjadi matang..
Cinta mengajar aku menjadi pendiam..
Cinta membuat aku resah, jiwang...
Aku tetap akan menunggu kepulangan ‘si dia’..
Aku tahu,dia akan datang padaku semula..
Walau apapun jadi, aku tetap akan tunggu dia..

Empat tahun kemudian…
“Dr. Anabieyla.Ibu Dr. telefon tadi.Dia pesan supaya Dr. pulang awal ke rumah.Katanya ada hal yang penting perlu dibincangkan.”beritahu pembantuku.

“Terima kasih,Nas.”balasku. Aku berdiri dan melangkah keluar dari bilik.

Aku menuju ke tempat letak kereta..
Aku memecut laju pulang ke rumah..

“Assalamualaikum.” ujarku tercungap-cungap.Aku tersentak.Pandangan ku mulai gelap.

Aku membuka kelopak mataku perlahan.Aku lihat ibu dan abah di ruang bilikku.Tiba-tiba air mataku merembas keluar.Aku benar2 rindu padanya.KHAIRIL AZMI.

“Kenapa ni??”Tanya ibu padaku.

Aku menggeleng kepala..
Aku tidak tahu mengapa hatiku begitu sebak melihat Khairil Azmi tadi.
Aku meminta pada ibu untuk bersendirian..
Pada mulanya ibu tidak mahu..
Namun, aku benar2 tiada minat untuk bercerita mengenai kisah lalu pada ibu atau sesiapa pun..
Selama ini, aku pendam rasa sunyi itu seorang diri.
Aku boleh melaluinya sendiri..

Seminggu kemudian…
Khairil Azmi memasuk meminang aku..
Dia membawa rombongan ke rumahku..
Dia benar2 ingin menjadikan aku sebagai isterinya..
Namun, aku takut...
Jika dia tinggalkan aku..
Aku meminta tepoh seminggu untuk memberikan jawapan..
Setiap malam aku melakukan solat istikharah..

“YA ALLAH..Kata-kata indah yang terucap di bibirnya,membuat aku berasa dicintai.Aku juga mencintainya.Jika dia jodoh terbaik buatku, kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Aku alunkan zikir dan himpunan permintaanku di dalam kidung doaku ini, YA ALLAH..Berikanlah hamba petunjuk dan hidayah-MU..Jadikanlah aku seorang hamba-MU yang diredhai..AMIN YA RABBAL ALAMIN…”

Sebulan kemudian…
“Aku terima nikahnya Nurul Ikhwana Anabieyla binti Syed Amri dengan mas kahwin RM80 tunai.”dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Khairil Azmi.Aku lega.Majlis kami berjalan dengan lancar.

Menitis air mataku tika dia kucup dahiku.Kemudian dia berbisik padaku. “Abang cintakan Ana.Abang minx maaf selama ni abang x beri khabar berita.” ujarnya sambil memelukku.Ketika itu, aku berasa amat bahagia.

Kemudian, ku lihat melihat dia ke kamar kami menunaikan solat syukur.Aku benar2 bertuah memilki Khairil sebagai suamiku.

‘YA ALLAH, terima kasih atas kurniaan-MU.Aku bersyukur ke hadrat-MU, YA ALLAH.Akan ku mencintai suamiku untuk merasai kemanisan iman itu.’detik hatiku.

Aku terlena seketika di atas sofa.Aku amat letih melayan tetamu yang datang memeriahkan majlis perkahwinanku.Aku tersedar apabila Khairil mengejutku.Dia mengajakku ke kamar tidur.Jam menunjukkan 11 malam.Aku mengikuti langkahnya ke bilik.

“Ana, pergilah bersihkan diri dulu.Lepas tu kita solat jemaah.” ujarnya.Baru aku tewrsedar aku belum menunaikan kewajipanku sebagai umat islam.

“Astaghfirullah!Ana betul2 terlupa.”balasku padanya. Dia tersenyum padaku.

“Abang tunggu sayang ye?Cepat sikit tau.”ujarnya lagi.Hatiku bergetar hebat tika dia memanggil aku ‘sayang’. Aku melangkah laju ke kamar mandi.Tiba2 tanganku ditariknya.Aku dirangkul ke pelukannya.Dia merenung ke dalam mataku.

“Abang betul2 sayangkan Ana. Kalau abang diberi peluang untuk hidup bersama Ana sepanjang hayat abang, abang sanggup. Demi cinta abang pada Ana yang ALLAH ciptakan, abang tak akan sia-siakan Ana. Ana cinta pertama dan terakhir abang.” bisiknya ke telingaku.

Aku menguatkan lagi pelukanku dan dia. Aku menangis di dalam pelukannya. “Jika Ana diberi peluang, Ana mahu sehidup semati dengan abang. Tapi Ana tahu, ajal maut ditangan ALLAH. Ana pasrah kalau kita terpaksa berpisah.” ujarku padanya.

Aku melangkah ke kamar mandi..
Aku menangis sepuas hati..
Aku tidak mahu berpisah darinya lagi..
Aku benar2 mencintainya..

Aku melangkah keluar dari kamar mandi..
Selepas bersiap menggantikan baju, aku mencapai telekung dan solat berjemaah dengannya..
Usai solat, aku mencium telapak tangannya..
Kemudian, dia mengucup dahiku dengan lembut..

“Ana..”panggilnya lembut.

“Ya, abang.”balasku sambil memandang ke arahnya.

“Ana nak anak berapa?”tanyanya lembut sambil meraih jemariku.

Aku memandangnya dan membalas.. “Tengoklah berapa yang ALLAH bagi nanti.”

“Abang nak 10 boleh?”tanyanya lagi. Aku mengangguk malu.

“Kalau anak lelaki abang nak letak nama RASUL IMAN. Kalau anak lelaki abang nak letak nama NURUL AISYA HUMAIRA.”ujarnya bersungguh.

Aku mengangguk. Diam tanpa berkata apa-apa. Malu untuk berbicara mengenai anak. Bagiku masih terlalu awal.

Dia memandangku dan membawaku ke peraduan kami..
Aku tahu, aku wajib taat padanya..
Walaupun aku kekok pada mulanya, namun, dia mengajarku membaca beberapa rangkaian doa.

Malam merangkak dengan indah..
Keesokan paginya, ku lihat suamiku sudah bangkit dari tidurnya.
Dia sedang membersihkan diri.
Lalu, aku bangun dan terus mengemas katil.
Usai aku kemas katil, dia keluar dari kamar mandi.
Dia memandangku sambil tersenyum.
Aku menunduk malu dan berpura-pura tidak nampak.
Aku mencapai tuala dan ingin berlalu ke bilik air.

“Ana, mandi nanti jangan lupa basahkan rambut.”pesan suamiku padaku.

Aku cepat2 melangkah ke kamar mandi.Alangkah malunya aku..
Hehehehe..

Aku dan suamiku solat bersama-sama. Kami berbual tentang masa depan. Sehingga dia tertidur di sisiku. Lama-kelamaan, aku juga tertidur. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Aku bangkit dari tidur. Ku renung suamiku di sebelah. Kemudian aku mengucup dahinya.

Lantas aku ke dapur membuat sarapan. Selesai membuat sarapan, aku ke kamar tidur untuk mengejutkan suami tercinta. Senyuman sentiasa menemani aku sejak dari Khairil menjadi suamiku. Ketika aku masuk ke dalam bilik, aku terkejut, melihat suamiku masih lagi lena. Aku menghampirinya dan mengejutnya. Namun, tiada respond dari dia.

Aku terus kejutkan dia. Dia masih terdiam kaku. Sedikit pun dia tidak memberi tindak balas. YA ALLAH!!! Pandanganku berpinar-pinar..

Suami aku yang tercinta pergi meninggalkan aku sekali lagi. Dia pergi meninggalkan aku selama-lamanya. Dia tidak akan menemani aku lagi. Belum puas rasanya untuk aku menikmati hidup bersamanya. Namun, takdir menentukan segala-galanya. ALLAH lebih menyayangi suami aku. Aku menangis dan menangis. Namun, aku terima dugaan ini.

Setahun kemudian…
Tidak ku sangka, kali pertama aku bersama dengan suamiku dulu telah mencambahkan benihnya di dalam rahimku. Kini, Rasul Iman dan Nurul Aisya Humaira sudah genap setahun. Aku melahirkan sepasang kembar. Wajah Rasul Iman mempunyai iras dengan arwah suamiku. Aku bersyukur, walaupun suami tercinta pergi buat selamnya, namun dia meninggalkan aku sepasang anak kembar yang menjadi bukti cinta dan kasih sayang kami.

Sedang aku mengemas pakaian-pakaian arwah suamiku, aku ternampak sepucuk surat terselit di helaian baju. Aku mengambil dengan tangan yang bergetar. Ku lihat namaku tertera di sampul surat itu. Aku membuka perlahan.

‘Kepada isteriku yang tercinta,
Abang mintak maaf. Abang tidak pernah berniat meninggalkan sayang. Abang betul2 sayangkan Ana. Selama pemergian abang, sebenarnya abang menjalani rawatan jantung berlubang. Abang tahu, abang memang ditakdirkan untuk hidup sementara kat dunia ni. Abang cintakan Ana. Mungkin masa Ana membaca warkah ni, abang sudah tiada di dunia ni. Tapi sepanjang hidup abang, Ana lah permata yang abang cari selama ni. Abang harap Ana dapat meneruskan kehidupan dengan baik dan menjadi wanita solehah. Doakan abang selalu. Abang amat mencintai Ana. Tolong jaga anak-anak kita andai Allah kurniakan kita anak-anak kelak. Ana.. Abang amat mencintaimu sayang.’
Yang selalu mencintaimu,
Khairil Azmi
Aku menangis di dalam pelukan kedua-dua cahaya mataku. “Ibu sayang kamu berdua, nak.”ujarku lalu mencium pipi mereka.

‘Ana janji akan mencinta setia pada abang. Walapun abang tidak lagi bernyawa. Abang tetap hidup dalam hati Ana. Ana akan jaga anak-anak kita seperti yang abang mahu. Ana janji…’

Yang mencintai ‘si dia’:
Nabieyla

No comments:

Post a Comment