zwani.com myspace graphic comments

~About Nabieyla~

My photo
Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Malaysia
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.. Cantiknya itu pula asli, tidak bertopeng.. Bukan sahaja cantik, malah suci, murni, bercahaya gemerlap, putih, bersih, berkilauan.. PERCINTAAN.. tak semestinya kekal.. KASIH SAYANG.. tak semestinya abadi.. RINDU.. tak semestinya berlagu.. CINTA.. tak semestinya bahagia.. BENCI.. tak semestinya selamanya.. Aku bahagia walaupun hatiku menderita..

Monday 28 February 2011

~Dia suamiku, tetapi tidak pernah menyentuhku~

“Kau!! Macam sampah! Muka hodoh! Ada hati nak rampas Aqish dari aku?? Cermin la diri kau dulu, si hodoh!!” tengking Syamira kepadaku.

‘Astaghfirullah! Ya ALLAH.. Kau tabahkanlah hati aku dengan dugaan-Mu ini..’ rintih hatiku.

Aku cepat2 berlalu dari situ..
Aku malu dihina sebegitu..
Aku tidak faham apa pun yang diperkatakan oleh Syamira..
Aku benar2 tidak menyangka sahabat baik ku tegar menghinaku..
Memang kami amat berbeza..
Dari segi personaliti..
Dari segi pergaulan..
Memang kami x sama..
Tapi, dia pernah berjanji untuk menjadi sahabatku hingga ke akhir hayatku..
Tegar benar hatinya menghina aku..

Ya! Memang benar..
Aku tidak secantik dia..
Dia terlalu cantik..
Ramai lelaki meminati dia..
Tapi itu tak bermakna dia berhak menghina aku..
ALLAH jadikan aku sebaik-baik kejadian..
Aku redha dan terima dengan diriku ini..

Walau apapun yang berlaku..
Aku tetap menyayangi dia sebagai sahabat..
Tetapi, di saat ini, aku benar2 kecewa..
Inikah sahabat??
Mampukah aku bertahan dengan segala tohmahan yang dia lemparkan??
Mampukah aku melupakan segala kata kesat yang dia berikan padaku??
Sungguh!!
Aku tak berdaya..

‘Ya ALLAH.. Hanya kepada-MU aku berserah.. Sesungguh-NYA, Kau Maha Mengetahui..
Bimbinglah aku.. Berikanlah hidayah dan petunjuk-Mu kepada Syamira.. Aku amat menyayanginya Ya ALLAH.. Jadikan lah kami sebagai hamba-MU yang diredhai..’ rintihku di dalam doaku..


Seminggu kemudian...
“Assalamualaikum. Awak Farah Dalilah kan?” Tanya seorang pemuda kepadaku.

Aku mengangguk laju..
Aku mengenali pemuda ini..
Dia kawan rapat Syamira.
Tetapi kenapa dia datang kepadaku??
Aku menjadi tak keruan..

‘Macam mana kalau Syamira nampak?’ getus hatiku.

Aku segera berlalu pergi meninggalkan Aqish..
Aku khuatir Syamira akan lebih terluka melihat aku dan Aqish..
Aqish memanggil2 nama ku setelah melihat aku melangkah jauh pergi darinya..

Langkahku semakin laju..
Aku tidak mahu mengenali dengan Aqish..
Aku tidak mahu bergaul dengan lelaki buat masa ini..
Aku belum bersedia lagi..
Aku mahu mencapai cita-cita dan impianku dulu..
Aku tidak mahu memikirkan semua ini lagi..


Setahun kemudian...

“Tolonglah, Farah. Aqish betul2 ikhlas nak berkawan dengan Farah. Aqish bukan seperti yang Farah fikirkan. Memang Aqish bergaul dengan budak2 nakal. Tapi tu tak bermakna Aqish juga nakal. Betul tak?” luah Aqish padaku.

“Maaf Aqish. Bukan mudah Farah nak bergaul dengan kawan lelaki. Farah tak pernah bergaul dengan lelaki. Farah tak pandai berkawan. Maaf. Farah pergi dulu.” balasku tegas.

“Farah, tolonglah. Berkawan saja. Tidak lebih dari itu. Ok??” luah Aqish lagi.

“Boleh. Tapi dengan satu syarat. Kalau Aqish boleh penuhi syarat ni, kita akan jadi kawan.” ucapku sambil tersenyum ke arahnya.

Dia mengangguk tanda setuju..
Aku memulakan bicara..

“Aqish mesti berjumpa dengan kedua ibu bapa Farah. Sesiapa yang nak berkawan dengan Farah perlu mintak izin ibu ayah Farah dulu. Itu syaratnya.” ujarku kepadanya.

“Aqish setuju. Esok jugak Aqish jumpa ibu bapa Farah. Ok??” balasnya girang.

Aku segera meminta diri..
Aku tidak mahu pertemuan kami berlanjutan sebenarnya..
Aku bukan tidak percayakan keikhlasan Aqish..
Tapi, hati aku memang berat untuk menerima kehadirannya..
Walau hanya sebagai kawan..
Aku juga tidak tahu mengapa..

Keesokan harinya…
“Assalamualaikum, pak cik, mak cik. Saya Aqish. Kawan anak pak cik, Farah Dalilah.” beritahu Aqish dengan tenang.

Aku sekadar mengangguk..
Aku tahu dari riak wajah kedua orang tuaku mereka tidak suka akan Aqish..
Aqish berpakaian seperti orang berada..
Ayahku memang tidak menggalakkan aku berteman dengan orang berada..
Ayah aku khuatir diri aku akan disakiti..
Setelah lama berbual, Aqish meminta diri untuk pulang ke rumah..
Pada mulanya ayah aku seperti tidak menyenangi Aqish..
Namun, ayahku seolah tidak ingin membenarkan Aqish pulang setelah lama berbual..

‘Ayah oh ayah.. Adakah kau restui hubungan persahabatan kami ini??’getus hatiku..

“Pak cik, saya balik dulu la ye? K. Assalamualaikum.” ucap Aqish seraya bersalaman dengan ayahku.

“Farah, Aqish balik dulu ye? Nanti kita jumpa dekat kolej. Assalamualaikum.” ucap Aqish kepadaku sambil melambaikan tangan.

Hubungan aku dengan Aqish berjalan dengan lancar..
Hubungan kami menjadi semakin rapat..
Yang aku hairan, Syamira tidak kisah akan perhubungan kami..
Malah, Syamira meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya dahulu..
Aku amat bersyukur..
Akhirnya, Syamira menjadi kawanku semula..
Sebelum aku habis belajar, Aqish melamar aku..
Aku belum bersedia..
Tapi Aqish tetap ingin menjadikan aku sebagai isterinya secepat mungkin..
Setiap malam aku lakukan solat istikharah..
Memohon petunjuk kepada-Nya yang Maha Mengetahui..
Aku akui hatiku sudah mula mencintainya..
Selepas tamat belajar, kami terus berkahwin..

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Amier Nor Aqish..
Aku benar2 tidak menyangka..
Kini, aku sudah bergelar isteri kepada seorang arkitek..
Amier Nor Aqish..

‘Ya ALLAH, terima kasih Ya ALLAH.. Kau pertemukan aku dengan insane yang menyayangiku. Alhamdulillah..’ rintihku bahagia.

Pada malam pertama, Aqish tidak sedikit pun menyentuh aku..
Aku benar2 hairan..
Tidakkah dia berkeinginan melihatku??
Aku khuatir jika aku ada tersalah kata terhadapnya..
Aku memandangnya yang sedang lena tidur..

‘Mungkin dia penat agaknya. Tak apalah. Lebih baik aku tidur dahulu.’ getus hatiku.

Aku terus melentokkan kepalaku di atas bantal empuk..
Ku dengar helahan nafas suamiku..
Ku lihat dia semakin lena..

‘Dibuai mimpi agaknya. Tidurlah wahai suamiku.’ getus hatiku lagi..

Keesokan paginya...
“Abang, makan la dulu. Farah ada buat sarapan ni.” aku mengajak suamiku.

Dia duduk di meja makan..
Dia tidak menegurku sepatah pun..
Aku tidak tahu apakah salahku terhadapnya..
Aku benar2 bingung..
Jika aku ada melakukan kesalahan, beritahu lah..
Ini tidak..
Diam bukan boleh menyelesaikan masalah pun..

Dia pergi kerja tanpa memberitahuku..
Die tergesa-gesa ke kereta..
Aku benar2 merindui ibu dan ayah..
Aku terasa ingin pulang ke rumah..
Tapi, sekarang aku adalah isteri kepada Amier Nor Aqish..

Kini, sudah 2 tahun genap perkahwinan kami..
Namun, dia tidak pernah menyentuh aku walau sedikit pun..
Kehidupan kami tidak seperti suami isteri yang lain..
Aku benar2 terasa..
Apakah hina sangat aku di matanya??
Sehingga jijik sangat dia ingin menyentuhku..

Suatu hari, aku mengambil masa untuk berbincang dengannya mengenai hubungan kami..
Namun dia menolak dengan alasan dia sibuk dan tiada masa untuk bermesra denganku..
Hati isteri manakah yang tidak sedih??
Aku tidak pernah merasai kehidupan sebagai isteri..
Aku pasrah..
Ini dugaan untukku..

Hari ini hari jadi suamiku..(21 Ogos)
Aku ingin keluar membeli-belah untuk membuat persiapan makan malam dengannya nanti..
Aku membeli banyak barang termasuk hadiah untuknya..
Sedang aku leka membeli barangan, tiba-tiba...

Buppp!!

“Adoi!! Hey!! Sakitlah!!” kedengaran suara perempuan merintih.

“Maaf, saya tak nampak. Maaf sekali lagi.” ujarku perlahan.

“Kenapa ni sayang?? Jangan lah marah2..” suara yang amatku kenali kedengaran.

Aku menolah ke arah lelaki tersebut..

“Abang??” terlontar perkataan itu di bibirku tanpa ku sedari..

Alangkah terkejutnya aku, suamiku sedang bergandingan dengan perempuan lain..
Jadi, selama ini suamiku curang denganku??
Dan aku, terlalu bodoh mempercayai suamiku??
Aku hampir terjelopok ke lantai..
Nasib baik, aku sempat memegang tiang di sekitar itu..
Air mataku merembes keluar..
Aku tidak tahu apakah salahku sehingga diperlakukan sebegitu..
Aku pulang ke rumah..
Aku terus ke kamar mandi dan membersihkan diri..
Kemudian aku menunaikan solat dan mengadu segala-galanya kepada-Nya..
Sehinggakan aku terlena..

Aku terjaga apabila terdengar kuakan pintu bilikku..
Tiba-tiba suamiku naik angin.
Aku segera mendapatkannya..

“Kenapa??” tanyaku perlahan.

Pangggg!!!

Satu tamparan hinggap di pipiku..
Cecair darah mengalir di hujung bibirku..
Aku hamper pengsan melihat titisan darah itu..
Namun ku kuatkan diriku..
Aku mahu selesaikan masalah rumah tanggaku secepat mungkin..

“Puas hati abang?? Patut lah selama ni abang tidak langsung berkeinginan dengan Farah.. Abang dah ada orang lain.. Kenapa abang tak berterus terang dengan Farah?? Apa salah Farah pada abang??” soalku bertubi-tubi.

“Kau tu yang bodoh!! Cermin dulu diri kau sebelum kahwin dengan aku. Menyesal aku kahwin dengan perempuan macam kau ni!! Perempau jalang!!” jeritnya padaku..


“Sebelum aku kahwin dengan kau, kau bajet kau suci!! Padahal kau dah rosak!! Kau tu bekas orang je kan?? Jijik aku dengan kau!!” jeritnya lagi padaku..


Aku beristighfar panjang..
Aku menangis semahu-mahunya..
Inikah dia sikap seorang suami??
Sampai hatinya menghina diriku..
Siapakah yang membuat fitnah pada diriku ini??
Memang aku tidak secantik bidadari..
Memang aku tidak seindah bulan purnama..
Tapi aku redha dengan diriku ini..

“Tadi kau persoalkan aku tak jalankan tanggungjawab aku kan?? Ok!! Sekarang aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami!!” tengking suamiku.

Dia menarik kasar tubuhku..
Mencumbui tubuhku dengan kasar..
Merangkul tubuhku dengan penuh keinginan..
Sedangkan aku tidak rela..
Aku tidak rela membiarkan suamiku memiliki aku..
Dia tidak layak..
Aku menangis semahu-mahunya..

Keesokan harinya...

Aku bangun perlahan-lahan..
Ku lihat tanpa seurat benang pun di tubuhku..
Aku malu..
Aku berasa amat kotor..
Lantas aku ke bilik air..
Aku menuju ke kamar mandi dan membersihkan diri..
Aku segera menunaikan solat subuh..
Aku toleh ke arah suamiku yang sedang berdengkur..

Aku harus pergi..
Pergi tinggalkan suamiku..
Dia sudah mendapat apa yang dia mahukan..
Aku tidak diperlukan lagi..
Aku akan pergi jauh dari hidupnya..
Walau sedih hatiku meninggalkannya..
Itulah yang terbaik buat kami..

Lima tahun kemudian...
Genap lima tahun aku hidup sebagai ibu tunggal dan janda..
Walaupun begitu, aku bahagia..
Aku mempunyai sepasang anak kembar bersama bekas suamiku dahulu, Amier Nor Aqish..
Aqielah dan Amierah..
Merakalah permata yang aku ada..
Sejak aku melahirkan anak-anak aku, aku di sahkan menghidap penyakit barah rahim..

Aku tahu umurku tidak panjang..
Aku cuba mencari Aqish untuk menjaga anak-anak kami nanti ketika ketiadaan aku kelak..

“Assalamualaikum. Boleh saya berjumpa dengan En. Aqish??” tanyaku kepada seorang pemuda di pejabat Aqish.

“Waalaikumsalam. Saya lah Aqish. Awak siapa??” balas pemuda tadi sambil merenung ke arahku.

“Saya Farah Dalilah.” ujarku membuat Aqish tersentak. Aqish mengajakku ke pejabatnya.

Beberapa minit kami mendiamkan diri..
Aku memandangnya..
Aku tidak tahu bagaimana ingin memulakan butir bicara..

“Aqish, sebenarnya saya datang ke sini nak bagitahu awak yang kita pernah ada anak bersama.” bicaraku tenang.

Aku menunggu reaksi dari Aqish..
Dia hanya merenung memandangku..

“Farah, Farah dah banyak berubah. Farah lebih cantik dari dulu.” ujarnya padaku.

Aku tersenyum..
Alangkah indahnya jika pujian itu yang terlafaz di bibir nya lima tahun lepas..
Sudah terlambat untuk mengulangi semua itu..

“Aqielah, Amierah. Ini anak-anak awak.” aku perkenalkan kedua orang puteri kami kepada Aqish.

“Benarkah ini anak kita??” Tanya Aqish kepadaku.

aku mengangguk tanda setuju..
Aku tidak mahu berbicara masa lampau..
Cukuplah aku pernah disakiti..
Ketika aku ingin bangun, tiba-tiba kepalaku terasa berat..
Lalu aku terjatuh dan tidak sedarkan diri..
Ketika aku membuka mata, aku sduah berada di hospital..
Aku memandang ke arah kedua orang puteriku..
Mereka sedang menangis di pelukan seorang lelaki..
Lelaki yang amat ku cintai dari dahulu sampai saat ini..

“Sayang, bangun. Ni abang.” ujar Aqish lembut..

Aqish cuba meraih tanganku..
Tetapi aku menarik tanganku darinya..
Dia bukan lagi suamiku..
Aku sudah membuat tuntuan fasakh setelah aku melahirkan Aqielah dan Amierah.

“Maafkan abang, sayang. Abang menyesal. Maafkan abang. Kita bina hidup baru. Kita rujuk.” luah Aqish.

“Awak, jangan diungkit kisah yang lama. Yang penting sekarang anak kita.” balasku perlahan.

“Awak, tolong jaga anak kita baik-baik. Ini saja permintaan saya. Tolong jaga anak kita baik-baik. Didiklah mereka dengan penuh kasih sayang. Ikutlah laluan jalan yang lurus, jalan yang diredhai ALLAH.” luahku lagi.

Nafasku makin deras..
Aku segera mencapai sepucuk surat..
Aku berikan kepada lelaki yang amat ku cintai..
Akhirnya, aku menghembuskan nafas terakhir di sisi lelaki yang amat ku cintai, Amier Nor Aqish..
Tinggallah kedua orang puteriku dengan ayah mereka..




Kepada lelaki yang amat ku cintai,

Farah mintak maaf jika sepanjang perkenalan kita jika ada perkara yang Farah lakukan sehingga membuat abang tersinggung. Farah amat mencintai abang. Abang adalah cinta pertama dan terakhir Farah. Farah tidak tahu mengapa abang sanggup menuduh Farah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sedangkan Farah berkali-kali beritahu abang bahawa abang satu-satunya lelaki yang Farah cintai. Walau apapun yang abang buat, Farah tetap sayangkan abang. Satu saja yang Farah mintak. Tolong jaga anak-anak kita. Aqielah dan Amierah adalah bukti cinta dan kasih kita. Jika abang benar2 menyayangi Farah jagalah anak kita sebaik mungkin. Anggaplah takdir cinta kita hanya sampai di sini. Farah tak mungkin hidup lama. Penyakit Farah semakin teruk. Mungkin hanya dengan keajaiban ALLAH, Farah boleh teruskan hidup. Tapi, Farah dah tak larat. Farah letih sangat. Maafkan Farah terpaksa tinggalkan abang. Farah harap hadiah yang Farah tinggalkan untuk abang ni akan membuat abang menjadi seorang yang lebih dekat dengan-Nya. Salam terakhir dari Farah Dalilah.

Yang mencintaimu:
Farah Dalilah



Air mata Aqish merembas keluar dengan lajunya..
Dia membuka bungkusan hadiah itu dengan perlahan..
Kedengaran tangisan yang kian mengisi ruang bilik wad..
Yassin dan sebuah Al-Quran..

'Suci sungguh hatimu wahai isteriku. Akan ku tunaikan permintaanmu. Akan ku limpahkan kasih dan sayangku kepada puteri kita. Akan ku sentiasa mencintaimu. Sehingga akhir hayatku. Sesungguhnya rasa cintaku terhadapmu hanya kerana-Nya. Abang amat mencintaimu, sayang.' rintih Aqish dengan memeluk erat kedua puterinya.

Hasil Karya:
Nurul Nabila Idris.

1 comment: