zwani.com myspace graphic comments

~About Nabieyla~

My photo
Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Malaysia
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.. Cantiknya itu pula asli, tidak bertopeng.. Bukan sahaja cantik, malah suci, murni, bercahaya gemerlap, putih, bersih, berkilauan.. PERCINTAAN.. tak semestinya kekal.. KASIH SAYANG.. tak semestinya abadi.. RINDU.. tak semestinya berlagu.. CINTA.. tak semestinya bahagia.. BENCI.. tak semestinya selamanya.. Aku bahagia walaupun hatiku menderita..

Monday 28 February 2011

~kenangan terindah~

“ Aku rindukan kenanganku di masa lalu. Aku akui, kesilapan yang pernah ku lakukan di masa lalu, menjadikan aku seorang gadis yang lebih matang. ” bisikku sendirian.

Kini umurku sudah menjangkau 21 tahun. Aku bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati kedua ibu bapaku. Aku belum bersedia untuk menjadi seorang isteri, apatah lagi seorang pembantu nakhoda kapal di alam rumah tangga kelak.

Aku tidak tahu bagaimana untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang. Dengan penuh ranjau kehidupan. Diriku ini yang kian matang dek pengalaman dan kesilapan di masa lalu.

Apakah aku mampu meneruskan kehidupan dengan melupakan kesilapan yang dulu?? Apakah bakal suamiku mampu menerima diriku seadanya??
Apakah aku layak menjadi seorang isteri??

Pelbagai persoalan berlegar menari-nari di mindaku. Mampukah aku meluputkan perasaan kasih dan sayangku terhadap ‘si dia’??

Aku benar-benar keliru dan buntu. Kedua orang tuaku benar-benar menginginkanku menunaikan hasrat mereka. Memang dari sejak dahulu lagi mereka ingin menjodohkan aku dengan anak teman rapat mereka.

Lapan tahun yang lepas…

“ Naz, aku minta maaf. Aku tak berniat nak merampas dia dari kau. Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Lepas kau pindah asrama, dia kesunyian. Jadi, aku fakir Cuma ingin mengisi kekosongan dia. Aku tahu, dia sayangkan kau. ” rintihku pada Nazatul.

Aku bersalah. Aku memang tidak berniat untuk mengahncurkan hubungan mereka. Dari apa yang aku lihat, hubungan mereka memang sering berantakan. Nazatul sendiri memberitahu aku bahawa mereka sudah putus. Aku sendiri bertanyakan pada Azfi. Azfi juga memaklumkan hal yang sama padaku.

Perkenalan aku dengan Azfi bermula apabila kami ditempatkan dalam satu kumpulan ketika menyertai aktiviti selepas PMR. Pada ketika itu, Azfi sedang hangat bercinta dengan Nazatul. Azfi pernah minta nombor telefon bimbitku, namun aku berkeras tidak mahu memberi. Aku lebih senang jika berhubung dengan Azfi melalui Nazatul.

Azfi juga pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi temanku. Aku dengan seikhlas hati menerima pelawaannya itu. Memandangkan aku memang suka berteman dan seorang yang peramah. Azfi juga pernah memuji diriku. Dia ada menyatakan yang aku ini seorang yang cantik. Tipu lah kalau aku katakan yang aku tidak gembira mendengar kenyataan itu. Namun, aku sedar siapa diriku. Mungkin pada pandangannya begitu, mungkin pada pandangan mereka yang lain tidak.

Cuti sekolah baru bermula. Gembira hatiku tiada siapa yang tahu. Betapa nikmatnya cuti sekolah. Apatah lagi, sepupuku semua menginap di rumahku. Pada suatu malam, aku terima mesej dari seseorang. Ku bertanya kepadanya siapakah dia. Pada awalnya, dia tidak mahu memberitahu siapa gerangan dirinya. Tetapi setelah didesakku beberapa kali, dia mengatakan bahawa dia Azfi. Dia juga mengatakan yang dia benar-benar ingin berkawan denganku. Hubungan kami menjadi rapat. Kami Cuma berteman sahaja tika itu.

Seminggu sebelum Nazatul pindah ke asrama, Azfi meluahkan rasa hatinya padaku. Dia menyatakan yang dia ingin mengambilku sebagai teman wanitanya. Dua kali dia menyatakan hal tersebut. Kali pertama aku menolaknya. Aku tidak mahu menjadi wadah permainan seorang lelaki.

Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Beberapa hari, aku mendiamkan diri, baru ku sedar, aku berasa sunyi tanpa Azfi. ‘Apakah aku sudah mula menerima kehadirannya di dalam hatiku?’ getus hatiku.

Kemudian, aku mengambil keputusan untuk menerima lamarannya. Cukup bahagia hubungan kami tika itu. Azfi benar-benar baik denganku. Walaupun begitu, rasa bersalah aku terhadap Nazatul benar-benar mencengkam jiwaku. Aku sering memikirkan perasaan Nazatul jika dia dimaklumkan mengenai hal ini. Dalam tempoh perhubungan kami, aku pernah memberitahu Azfi mengenai hubungan Nazatul dengan lelaki lain. Baru aku tersedar yang aku telah melukakan hati Nazatul dan Azfi.

Aku dapat merasakan yang Azfi masih sayangkan Nazatul. Aku cuma wadah untuknya mengisi kekosongan dan kesunyian dia. Aku mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan yang terjalin atas desakan nafsu semata-mata. Perhubungan yang bukannya melibatkan perasaan kasih dan sayang.

Hatiku menangis dan luka berdarah. Bagai dihiris dengan sembilu. Aku menangis sendirian. Mereka memang pasangan yang secocok. Aku tersilap langkah dalam menjalinkan perhubungan. Sedih hatiku. Tegar sungguh aku melukai hati mereka.
‘Maafkan aku, kalian.’ getus hatiku.

Aku akui, aku sudah mula menyayangi Azfi tika itu. Andai sahaja aku tidak pernah mengenali Azfi sebagai temanku. Mungkin, pada tika ini, aku tidak mengenali apa itu hubungan cinta monyet antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Lama juga aku mendiamkan diri. Lebih baik sendirian daripada terseksa menjalinkan perhubungan dengan lelaki. ‘Adakah aku gagal dalam percintaan?’ detik hatiku.
Setelah beberapa bulan, aku berasa gembira kerana aku telah menjadi diriku yang dahulu. Aku, seorang yang peramah, periang sudah mendapatkan kembali jati diriku.

Setiap hari, aku pasti terserempak dengan Azfi di sekolah. Memandangkan aku seorang yang agak sibuk dengan urusan di sekolah, aku sering keluar kelas. Kini, aku menjalinkan persahabatan dengan Azfi seperti dahulu. Cuma kawan. Aku akui aku benar-benar sunyi tika itu. Azfi tidak seperti dahulu. Dia jarang membuatku tertawa. Aku tahu, dia mungkin menyesal dengan perbuatannya yang dulu.

Aku pula kesunyian, mengambil keputusan untuk mencari seorang lelaki lepasan SPM di sekolahku dahulu. Namanya Khairil Azlan. Dia salah seorang senior ku. Aku pernah meminatinya. Ketika aku tingkatan satu, aku sering perhatikan dia. Aku meminati dia sehingga sekarang.  Dia juga tegolong dalam kalangan mereka-mereka yang popular di sekolah. Memandangkan Khairil mempunyai paras rupa yang comel dan perwatakan yang sopan, membuatkan aku terpikat padanya.

Aku mendapatkan nombor telefon bimbitnya dari temanku, Sarah. Aku memulakan agenda aku. Aku ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Cukuplah sekadar mengenalinya. Aku bukan mahu memikatnya, aku Cuma mahu mengenali dirinya yang sebenar. Pada awal perkenalan kami, Khairil tidak memberi reaksi yang baik padaku. Tetapi setelah beberapa minggu, dia mula menerima kehadiranku sebagai teman barunya. Aku perkenalkan diriku sebagai NURUL IKHWANA ANABIEYLA.

Kami selalu berkomunikasi sejak itu. Sungguh gembira aku tika itu. Aku dapat mengenali dirinya. Dia seorang yang baik. Lemah lembut dalam tutur bicara. Mampu memerangkap hatiku untuk menyukainya. Senang hatiku mengenali dirinya. Namun, kebahagiaan itu Cuma sementara. Aku tidak lagi mampu mendustai dirinya dan juga meneruskan perhubungan yang tidak berasaskan kejujuran ini.

Aku mengambil keputusan untuk berterus terang padanya siapa diriku yang sebenar.
Tetapi aku tahu, dia bakal membenci diriku. Aku khuatir dia akan membenci diriku kelak. Namun, desakan hatiku membuatkan aku ingin menjelaskan perkara sebenar kepadanya. Jika dia membenci diriku pun, itu memang layak bagiku. Aku yang telah mempermainkan dirinya. Bukan niatku, tetapi apakah dia akan memahami diriku??

Benar apa yang ku jangkakan. Dia marah padaku setelah aku memberitahu perkara sebenar padanya. Aku memang gembira menjadi NURUL IKHWANA ANABIEYLA. Tetapi dalam masa yang sama, aku berdosa mempermainkan dirinya. Mujur dia belum sempat menyukai ‘ANABIEYLA’. Lama juga dia mendiamkan diri. Aku tahu mungkin bencinya padaku amat besar. Aku sekali lagi gagal dalam mencari percintaan. ‘Khairil Azlan, jika kau tahu betapa bahagianya aku mengenali dirimu.’ rintih hatiku.

Musim sekolah waktu aku di tingkatan empat, juga berlau dengan memori yang indah. Ini kerana, itulah tempoh perkenalan aku dengan teman Azfi, Aliff Hakim. Aliff Hakim. Cukup membuat aku tersedar yang tidak semua lelaki itu sama di mata kaum hawa. Hakim begitu mengambil berat mengenaiku. Bermula dengan teman, kemudian perhubungan kami menjadi lebih rapat. Aku dan dia berteman dan bercerita pelbagai masalah, berkongsi pendapat, saling bertukar idea. Ini menjadikan kami lebih serasi bersama.

Kami banyak meluangkan masa bersama. Kami mempunyai minat yang sama, membaca novel. Aku dan dia bersama menghabiskan waktu cuti dengan pelbagai kenangan indah. Kenangan yang tercipta menjadikan aku seorang gadis yang lebih matang dari dahulunya. Setiap langkah dan perbuatanku, ku khabarkan padanya. Kehidupan ku lengkap dengan kehadirannya. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kebahagiaan aku itu bukan milik selamanya. Aku pasrah. Aku ditinggalkan tanpa pesan. Aku menunggu dia hari demi hari. Menanti dia memberi kata putus. namun, tiada juga khabarnya.

Cuti sekolah sudah berakhir. Kini, aku di tingkatan lima. Aku akan menduduki SPM. Begitu juga dengan Hakim. Kami belajar di aliran yang sama walaupun kelas yang berlainan. Aku akui yang dia lebih bijak dari diriku. ‘Adakah itu menyebabkan dirinya pergi meninggalkanku?’  getus hatiku. Tetapi dia pernah memberitahuku bahawa itu bukanlah kayu ukur dalam sesebuah perhubungan cinta. Aku masih tidak tahu apakah faktor yang menyebabkan dia pergi meninggalkan aku.

Aku tunggu dia, hari demi hari. Walaupun kami sering terserempak di sekolah, dia tidak pernah menegurku. Aku juga membuat keputusan untuk mengabaikan semua ini. Setelah beberapa bulan, dia munculkan diri dan menjelaskan kepadaku tujuan dia. Hakim menyatakan yang dia ingin menumpukan pelajaran dahulu. Jika itu yang dia inginkan aku tidak kisah. Dia menyuruhku menunggunya Cuma setahun sahaja lagi.

Aku bersetuju dengannya. Benar juga apa yang diperkatakannya itu. Aku juga harus menumpukan pelajaran. Pelajaran itu lebih penting buat seorang pelajar seperti ku. Aku mula mengenali keluarganya serta kakaknya. Aku sering berhubung dengan kakaknya. Kakaknya pernah memberitahuku yang Hakim pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan pada awal tahun masa kami di tingkata lima.

Bagaikan batu besar menghempap diriku tatkala berita itu dikhabarkan kepadaku. ‘Apakah aku ditipu selama ini? Atau, sememangnya dia tidak menyukai aku? Ataupun dia sudah bosan denganku?’ detik hatiku. Aku ingin bertanyakan hal ini padanya. Aku membantutkan niatku kerana tidak mahu fikiran kami akan terganggu dek masalah yang tak seberapa berat ini. Selesai peperiksaan SPM, dia tidak jua munculkan dirinya.

Entah kenapa aku berasakan yang dia tidak lagi memerlukan aku. Tetapi aku masih menginginkannya. Aku juga mahu mendalami islam dengan lebih mendalam memandangkan selama ini, aku agak jahil. ‘Kenapa selama ini, hanya aku yang beria-ria pertahankan hubunganku? Sedangkan dirinya seolah tidak kisah jika aku hilang dari kamus hidupnya?’ getus hatiku. Aku membuat keputusan untuk melupakan semua ini. Melupakan kenangan antara aku dan Hakim.

Aku pasrah dan redha jika ini takdir cintaku antarra diriku dan Aliff Hakim. Tidak perlu aku menagih kasih dan meminta pada mereka yang tak sudi. Aku masih punya harga diri. Baiklah. ‘Maafkan saya, Hakim. Jika kehadiranku ini membuatkan dirimu terseksa.’ rintih hatiku. Ku rasa mataku sudah panas dek menahan air mata daripada menitis. Akhirnya ku tewas juga apabila airmataku tidak segan silu mencurah ke bumi. Aku memasang azam untuk melupakan semua ini.





 Kini...

Sebulan lagi aku akan dinikahkan dengan anak teman ayahku, Encik Hafiz. Apakah aku mampu mencintai Aqish Nor Syaidan?? Aqish Nor Syaidan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Aku pula hanya seorang pengurus Restoran Asam Pedas. Aku benar-benar gementar untuk menjadi isteri Syaidan. Hatiku berbelah bagi tika memberi keputusan untuk bertunang dengannya.

“ Humaira, Aqish akan cuba menjadi suami yang baik untuk Maira. Maira sudi terima Aqish dalam hidup Maira? ” soalnya padaku sebulan sebelum pernikahan kami.

Aku mengangguk sambil tersenyum padanya. Akan ku cuba mencintai diri Aqish. Jika ini takdir cintaku, aku redha dan rela. Aku benar-benar gembira apabila Aqish sentiasa memberitahu aku bahawa dia amat bersyukur kerana perhubungan kami mendapat restu dari kedua belah keluarga. Dia turut gembira kerana kami dapat merasai kemanisan iman itu dengan cara yang diredhai ALLAH.

Tanggal 21 Ogos 2014, aku sah menjadi isteri kepada Aqish Nor Syaidan, seorang ahli perniagaan. Aku memanjatkan kesyukuran di atak nikmat-NYA. Menitis air mataku tatkala Syaidan mencium ubun-ubunku. Majlis kami dijalankan secara sederhana seperti yang dirancang. Masa berlalu dengan pantas. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Hatiku mula terasa takut dan gementar. Tiba-tiba Aqish menghulurkan aku sepucuk surat sebelum meninggalkan aku di kamar sendirian.

“ Maira, bacalah. Abang turun ke bawah kejap.” ucapnya sambil menghulurkan aku sebuah bungkusan serta sepucuk surat.

Kepada isteri yang tercinta,

Ingin abang katakan sesungguhnya abang bahagia menjadi suami kepada seorang wanita yang bernama Aisya Humaira binti Syed Amri. Mungkin Maira tidak perasan wajah abang seakan mirip wajah Khairil Azlan. Khairil Azlan adalah adik abang. Khairil meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Dia sempat berpesan dengan abang agar memohon maaf daripada Maira. Dia mula sedar yang dia mencintai Maira. Tapi, disebabkan ego yang tinggi, dia melepaskan Maira pergi. Abang pada mulanya hanya ingin menyampaikan salam kemaafan dari adik abang. Tapi setelah mengenali Maira, abang mula terpaut pada Maira. Hati abang tidak tenang sekiranya abang melihat Maira bersama laki-laki lain. Abang cintakan Maira. Percaya lah. Abang mengahwini Maira bukan sahaja atas kehendak kedua orang tua abang. Tetapi kerana abang sudah bertemu dengan permaisuri hati abang, Maira. Semoga hubungan kita akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata kelak. Abang harap Maira turut mencintai abang. Salam sayang untuk permaisuri abang.


                                                                                                            Yang mencintaimu,
                                                                                                             Aqish Nor Syaidan


‘Akan ku mencintaimu setulus hatiku. Agar kita sama-sama mengecapi kemanisan iman itu. Akan ku tutup semua sejarah hidupku. Akan ku buka lembaran baru hidupku bersamamu, abang. Maira akan sentiasa mencintai abang hanya kerana DIA.’ getus hatiku.

‘Pergilah Azfi, Khairil, dan Hakim dari jiwaku. Maafkan ak

No comments:

Post a Comment