zwani.com myspace graphic comments

~About Nabieyla~

My photo
Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Malaysia
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.. Cantiknya itu pula asli, tidak bertopeng.. Bukan sahaja cantik, malah suci, murni, bercahaya gemerlap, putih, bersih, berkilauan.. PERCINTAAN.. tak semestinya kekal.. KASIH SAYANG.. tak semestinya abadi.. RINDU.. tak semestinya berlagu.. CINTA.. tak semestinya bahagia.. BENCI.. tak semestinya selamanya.. Aku bahagia walaupun hatiku menderita..

Monday 28 February 2011

~Aku isterimu, sedang belajar mencintaimu~

“Maafkan Ana, ibu. Ana menyesal dengan apa yang terjadi. Ana yang salah, ibu. Maafkan Ana, ibu” ucapku pada Mak Intan.

Aku benar2 menyesal..
Aku telah kehilangan seorang sahabat yang baik..
Aku yang telah membunuhnya..
Aku sepatutnya mendengar kata2 nya..
Kereta yang aku pandu terbabas sehingga mengorbankan kawan terbaikku..
Aku menyayanginya..

Sungguh!!
Aku sayang padanya..
Intan liyana...
Kawanku yang terbaik yang pernah ku temui..

“Ibu dah maafkan Ana. Ibu tahu Ana betul2 sayangkan Intan. Jangan menyesal dengan apa yang dah jadi. Ini semua takdir.”  luah mak Intan padaku.

Lantas ku memeluk erat mak Intan..
Betapa ku sayu dan hiba melihat ketulusan hati mak Intan memaafkan aku..
Aku sememangnya menganggap mak Intan seperti ibuku sendiri..
Memandangkan aku seorang anak yatim piatu sejak di bangku sekolah rendah lagi..

Aku menangis di pelukan seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak kesayangan..
Aku tahu, mak Intan sedih atas pemergian anaknya..
Tapi, dia memendam perasaan sedih itu demi tidak mahu melihatku turut sedih..
Aku sedih dan benar2 menyesal..

Aku mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah yang dahulunya aku sewa bersama Intan..
Aku ingin berpindah ke kampung..
Aku ingin memencilkan diri dan muhasabah diriku..
Aku masih lagi berasa sedih di atas pemergian sahabat karibku..
Aku mahu meninggalkan segala kenangan di sini..
Aku mahu melangkah jauh meninggalkan orang yang aku sayangi..
Maafkan Ana, ibu!!

“Ana, tolong jangan tinggalkan ibu. Ibu dah kehilangan seorang anak perempuan. Ibu x nak kehilangan Ana. Ana jangan pergi ye, Ana. Kalau Ana sayangkan ibu. Tolong, nak. Jangan tinggalkan ibu.” rayu mak Intan kepadaku.

Aku benar2 berasa bersalah..
Aku yang telah menyebabkan anaknya mati..
Aku memang menyayangi ibu..
Tapi, layakkah aku hidup di rumahnya yang tersergam indah itu??
Layakkah aku hidup gembira dengan harta kemewahan ibu??

“Ana, tolong lah Ana. Kalau ana sayangkan ibu, Ana tinggallah di rumah kami. Abang x kisah. Rumah ni sunyi, Ana. Ana boleh tinggal di bilik Intan. Abang mohon pada Ana. Ana kasihan lah pada ibu. Ibu dah anggap Ana macam anaknya sendiri.” luah Abang Fahmiey, abang Intan yang tua tiga tahun dariku.

“Ana malu, bang. Ana layak ke tinggal kat rumah ni?? Ana ni cuma anak yatim. Ana bukan siapa2 nak hidup mewah kat rumah ni. Maafkan Ana, bang.” rintihku sambil menangis teresak-esak.

“Please, Ana. Jangan cakap macam tu. Abang x peduli. Abang x kan benarkan Ana pergi mana2. Abang nak Ana tinggal kat sini. Abang nak Ana jadi sebahagian dari keluarga kami.” tegas Abang Fahmiey.

“Ana...” jerit ibu sambil memelukku.

Aku membalas pelukan ibu..
Sungguh!!
Hatiku berat hendak melangkah pergi meninggalkan ibu..
Aku bahagia hidup bersama ibu..

“Ibu, Ana x akan tinggalkan ibu. Ana janji akan jaga ibu sampai ibu tua. Ana akan menyayangi ibu macam ibu Ana sendiri. Ana sayangkan ibu.”luahku di pelukan ibu.

“Terima kasih, Ana. Terima kasih! Abang mengalukan kehadiran Ana dalam keluarga kami.” ucap Abang Fahmiey sambil tersenyum memandang ke arahku.

Aku turut tersenyum..
Aku memandang Abang Fahmiey dengan penuh rasa terharu..
Abang Fahmiey benar2 baik padaku..
Sejak perkenalan aku dengan Intan, Abang Fahmiey turut menjadi rakan karibku..

Sebulan kemudian...

Kini, aku sudah tamat belajar..
Aku ditawarkan bekerja di syarikat Abang Fahmiey..
Bekerja sebagai setiausaha peribadinya..
Aku pada mulanya menolak tawaran tersebut..
Namun atas desakan ibu, aku terpaksa terima tawaran itu..
Walaupun sebenarnya aku bercita-cita nak buka Restoran Asam Pedas..
Itu adalah salah satu impian mama kandungku..
Namun, apakan daya, ibu mahu aku menuruti kehendaknya..

“Ana, Ana dah bersedia??” Tanya Abang Fahmiey.

“Bersedia?? Bersedia apa??” tanyaku kembali.

Dia memandangku..
Menunggu jawapan dariku..
Sebenarnya, aku tidak mengerti apa yang dimaksudkannya..

“Abang, Ana x faham soalan abang. Bersedia apa??” tanyaku lagi.

“Ana dah bersedia jadi isteri abang??” tanyaku memandang wajahku tanpa ukiran senyuman.

‘Alamak!! Dia ni melamar aku ke apa? Ke saja nak bergurau?’ detik hatiku.

Untuk menghilangkan getar di hati, aku ketawa, ketawa, dan terus ketawa..
Dia masih lagi merenungku..
Wajahnya nampak serius..
Tapi ku buat tidak mengerti..
Ku terus mengorak langkah..
Menuju ke kamar tidur..
Aku segera menutup daun pintu bilik setelah melangkah masuk ke dalam ruang bilik arwah Intan..


Aku merebahkan tubuhku di atas tilam empuk..
Ku pandang ke atas dan memikirkan sesuatu..

‘Apakah yang terungkap di bibir Abang Fahmiey itu benar??’ otakku ligat memainkan peranan.

Aku tidak mungkin punyai sebarang perasaan cinta padanya..
Aku hanya menganggapnya abang..
Aku amat berharap Abang Fahmiey tidak sedar akan kata2nya tadi..
Malu aku untuk bertemu dengannya pagi esok..

Keesokan harinya...

“Assalamualaikum... Ana, dah sarapan?? Jom la join abang sarapan.” ajak Abang Fahmiey.

“Waalaikumusalam. X apa la, bang. Ana dah sarapan tadi. Dengan ibu.” balasku sopan.

Ku lihat Abang Fahmiey tersenyum memandangku..
Aku membalas senyuman itu dengan seikhlas hati..
Sedang leka aku berbual dengan ibu, tiba2 Abang Fahmiey bersuara..

“Ana, dah bersedia ke??” Tanya Abang Fahmiey kepadaku.

Aku teringat pertanyaannya semalam..
Aku diam..
Tidak memberi reaksi..
Aku takut untuk menjawab..
Takut tersalah kata..
Aku berpura-pura tidak mendengar kata Abang Fahmiey..
Aku teruskan perbualan dengan ibu..
Perbualan kami kian rancak sehingga Abang Fahmiey berdehem pada kami..
Dia tersenyum tatkala aku terpandangnya..
Aku menjeling ke arahnya..
Ku lihat Abang Fahmiey merenungku..
Makin lama, ku dapat rasakan kian galak tusukan pandangannya padaku..
Aku segera meminta izin ibu untuk menghirup udara di luar sementara menunggu Abang Fahmiey menghabiskan sarapannya..

“Dah!! Abang dah siap. Adik abang ni dah sedia ke?? Semalam abang saja nak usik Ana. Dah sedia nak jadi setiausaha abang yang handsome ni??” seloroh Abang Fahmiey.

Aku mengangguk laju..
Aku ketawa melihat Abang Fahmiey membuat muka..

“Abang, jom! Abang ni.. Mentang2 la bos. Suka hati je datang lambat.” ajakku.

Sesampai kami di pejabat Abang Fahmiey, aku dikenalkan kepada staf2 yang lain..
Di sana aku disambut mesra..
Staf2 Abang Fahmiey semuanya peramah dan baik-baik belaka..
Sedang  aku leka berkenalan dengan staf2 di situ, tiba2 aku ditegur oleh seorang rakan lamaku..

“Aries??” bicaraku spontan.

Aries menarikku keluar dari bangunan Fahmiey & Intan Holding Sdn. Bhd..
Aku hanya menurut langkahnya..
Aku menarik tanganku kembali setelah terasa sakit di pergelangan tanganku..
Aku memandang Aries yang kini tampak amat berbeza..
Ku dengar Abang Fahmiey memanggil-manggil namaku..
Aries merenungku penuh dendam..
Aku teringat kisah kami empat tahun dahulu...

“Ana, Aries x cintakan Ana. Kenapa Ana sanggup rosakkan hubungan Aries dengan Intan??” tnya Aries memandangku.

“Aries, Apa yang Aries katakan ni? Ana x faham. Ana rosakkan hubungan Aries??”tanyaku padanya.

Air mataku sudah merembas keluar..
Sampai hatinya menuduhku begitu..
Aku akui, memang aku cinta padanya..
Rasa itu sudah lama ku pendam padanya..
Aku mengenali Aries terlebih dahulu dari Intan..
Aku terima bahawa cinta Aries memang untuk Intan..
Tapi, kenapa?
Kenapa dia sanggup menuduh aku menghancurkan hubungan mereka??
“Ana. Aries x pernah cintakan Ana. Aries x cintakan Ana!! Aries Cuma cintakan Intan. Sampai bila-bila pun.!!”jerit Aries padaku.

Aku menangkup telingaku..
Aku x sanggup mendengar kata2 itu..
Aku xsanggup!!
Aku x tau kenapa..
Sebak benar hatiku tika itu..

‘Baiklah, aku akan cuba berhenti mencintaimu, Aries.’ getus hatiku..

“Ana!!” jerit pemuda di hadapanku..

Aku mendongak memandangnya..
Mengerling di sebelahku, ku lihat Abang Fahmiey turut memandangku..

‘Ngada2 betul!!’ getus hatiku.. Air mataku menitik lagi..

“Ana?? ok x ni?? What’s up Ana?? Jangan lah sedih. Jom ikut abang.” ajak Abang Fahmiey tanpa memandang Aries.

Aries menghalang jalan kami..

“Kejap. Bagi aku berbincangkan dengan Ana. Ada hal nak bincang. Urgent!” tegasnya pada Abang Fahmiey.

Abang Fahmiey memandangku..
Meminta kepastian..
Aku memberi kata putus untuk berbincang dengan Aries..
Abang Fahmiey melangkah pergi ke kafe..
Abang Fahmiey meninggalkan aku dengan Aries..

“Puas hati kau sekarang??!!” Aries membuka bicara.

Aku memandangnya..
Aku cuba mencari jawapan di raut wajahnya..
Apakah yang dimaksudkannya sebenarnya??

“Aku dah kehilangan orang yang aku sayang. Semuanya sebab kau!! Kau yang menyebabkan kematian Intan!! Kau akan terima balasan!! Kau tunggu je lah!!” jerit Aries padaku.

Aku menggelengkan kepala..
Belum sempat aku melangkah pergi, Aries menangkap tubuhku..
Kemudian, Aries menampar wajahku..

Pangggg!!!

“Hahahahahaha!! Kau boleh pergi sekarang! Aku belum puas lagi! Ini baru sikit! Tunggu kau!!” kata Aries sambil mengepalkan tangannya.

Air mataku tidak segan silu merembas keluar..
Aku terus menuju ke taman berdekatan..
Ku lihat Abang Fahmiey ingin menghampiriku..
Segera ku seka air mataku..
Abang Fahmiey lebih cekap..
Dia cepat2 menghulurkan sehelai tisu..
Tanggisanku kian kuat..

Aku menangis di hadapannya persis anak kecil..
Dia ingin menggenggam jariku..
Tapi, aku sempat mengelak.
Walaupun aku sedih, aku masih waras lagi..
Abang Fahmiey bukan muhrim aku..
Tidak akan sewenang-wenangnya aku memberikan sesiapa mengambil kesempatan ke atas diriku..

“Abang dah agak. Dia mesti buat Ana menangis. Sebab tu berat je hati abang nak tinggalkan Ana tadi..” ujar Abang Fahmiey perlahan.

Redup matanya memandangku..
Penuh kesopanan Abang Fahmiey meminta maaf padaku atas keterlanjurannya tadi..

“Ana. Abang akan jaga Ana. Abang sayang Ana... macam adik abang, Intan.” kata Abang Fahmiey kepadaku.

Aku mengangguk dan senyum kepadanya..

Setahun kemudian...

“Aku nak kau hancurkan hidup Anabieyla!! Aku nak kau langgar dia! Tapi jangan sampai mati! Aku nak dia merana. Spertimana aku merana!! Ni upah kau!! Lepas kau selesaikan kerja kau, kau akan dapat bakinya! Ok! Deal??!” ujar Aries pada Aliff sambil menghulurkan RM3000.

‘Mampuslah kau!! Argh!! hahahahahah!!’ getus hati Aries.

Seminggu kemudian...

“Weyh, aku x sanggup!! Aku x sanggup lukakan Ana. Ana tu kan kawan kita dulu. Aku x sampai hati,der!” kata Aliff pada Aries.

“What?!! Argh!! AKu x suruh kau bunuh dia pun kan?? Just langgar je! Aku nak dia merana. Tu je.” teriak Aries.

“Aku x sanggup. Dia x pernah buat jahat dengan aku. Dulu masa kita belajar pun dia selalu tolong aku. Aku x sanggup! Nah balik duit kau!” ujar Aliff seraya memulangkan balik wang Aries kembali.

“Aku boleh buat sendiri la!! Blah la ko!” tempik Aries pada Aliff.
Aliff berlalu pergi.

Keesokan harinya...

Broom!!!!!Broom!!brommmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!bom!!!!!!!!!!!

“Astaghfirullah!! Abang!!” teriakku ke arah Abang Fahmiey.

“Terima kasih, Abang!!” ucapku.

“Abang, jom tengok, kereta siapa yang terbabas tu.” ajakku.

“Aries!” terkedu aku melihat mangsa kemalangan itu.

Abang Fahmiey membawa Aries ke hospital..
Ku lihat doctor sibuk merawat Aries di bilik ICU..
Ku lihat keadaan Aries sangat parah..

‘Ya ALLAH, selamatkanlah Aries.. Janganlah kau ambil nyawanya tika ini.’ doaku dalam hati.

“Cik Anabieyla, boleh saya tahu siapa keluarga En. Aries.??” soal doctor kepadaku.

“Saya kurang pasti. Kenapa doctor?” soalku pula pada doctor.

“En. Aries kekurangan darah. Dia memerlukan darah. Tetapi kami kekurangan darah AB di sini. En. Aries perlukan rawatan segera.” jelas doctor.

Aku rela mendermakan darahku pada Aries..
Satu-satunya lelaki yang aku cintai..
Aku sanggup mendermakan sebahagian hatiku kepadanya..
Aku sanggup, asalkan dia bahagia..

Lima tahun kemudian…

Kini, sudah setahun masa berlalu..
Aku sudah mempunyai  dua orang anak hasil perkahwinan aku dan Abang Fahmiey..
Bahagia diriku tiada siapa yang mengerti..
Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa bahagianya aku kini..
Hidup bersama 2 orang putera tersayang..
Ahmad Haykal dan Ahmad Hayrie..

“Sayang!! Sayangku Ana!! Abang sedang memanggilmu sayang!!” jerit Fahmiey Hakimie.

“Ya!! Ana kat sini la, bang!!” balasku.

“Mama!! Mama!! Abi panggil mama.” bicara Hayrie.

“Ya, sayang. Mama datang ni. Abang ni gelabah la. Kan sayang datang ni. Tau la x sabar2 nak pergi luar negeri. hahahahaha!!!” ujarku lembut sambil ketawa.

“Sayang peril abang ke??” soalnya manja.

Aku mengangkat bahu..

“Abang x sabar nak pergi honeymoon la sayang...” bisik suamiku nakal.

“Awww!! Honeymoon kita?? No3!! x romantic la abang. Honeymoon kita kat luar negara la..” selorohku.

“Amboi!! Sayang ni!! Abang kejar sayang ni!!” tempiknya sambil berlari anak mengejar aku.

Aku seperti anak kecil berlari-lari menyorok di belakang putera2 ku..

“Mama dengan abi ni macam budak2 kecik la! Betul x Hayrie??” soal si abang kepada adiknya.

“Betul3..!!” jawab Haykal.

“Anak-anak abi nak kena ni!! Berani cakap abi budak2 ye?? Abi kejar ni!!” jerit suamiku pada permata hati kami.

Sungguh!!
Aku bahagia tika ini..
Tidak dapat ku ungkapkan dengan kata2..
Betapa besarnya kekuasaan ALLAH..
Akhirnya jodoh aku adalah Fahmiey Hakimie..
Lelaki yang ku anggap abang selama ini..

‘Sekarang dah jadi abang lain! Abang sayang la!!’ seloroh hatiku.


Surat buat suamiku ( Fahmiey Hakimie),

Abang,
Terima kasih kerana dapat menerima Ana. Walaupun Ana bukan seorang perempuan yang abang idamkan selama ni. Abang lelaki yang benar2 dianugerahkan ALLAH pada Ana. Ana amat bersyukur menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Fahmiey Hakimie. Terima kasih, abang! Ana amat mencintai abang. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Ana untuk mencintai abang. Ana bahagia dengan kehidupan Ana sekarang. Dengan cahaya mata kita. Ahmad Haykal dan Ahmad Hayrie.

Menitis air mata lelaki tika Fahmiey Hakimie membaca warkah isteri tercinta..

Hasil karya:

Nurul Nabila Idris a.k.a Ikhwana Anabieyla Syed Amri

No comments:

Post a Comment